Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 2,875 viewed


Assalamualaikum wbt,
Sebagai mewakili seluruh keluarga, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengucapkan takziah dan juga kepada yang telah bersusah payah datang menziarahi baik di ICU Ampang Putri dan juga di rumah mertua saya.
Sebagai untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang lain mengenai sequence of events dari hari pertama hinggalah kehari akhir semoga antara lain kita akan mendapat serba sedikit iktibar dan pengajaran mengenainya.
Aisyah mula menghidap demam pada hari Khamis 17/10, petang dan sebaik sahaja saya balik dari office around 6 pm, terus bawa ke klinik di wangsa maju. Suhu badannya dalam 39 darjah celcius dan because agak panas doktor pun masuk kan bullet untuk menrunka suhunya. Bila saya balik kerumah basically lepas maghrib nampak better mungkin kerana suhu badannya dah turun, dia mandi sendiri dan kemudian saya dan keluarga pergi ke pasaraya giant di taman permata. Balik semula kerumah around 10 pm malam tu, aisyah nampak kembali terlantar dan memang badannya dah mula panas semula dan kelihatan dia menggigil kesejukan.
Kami agak risau melihat keadaannya dan around midnight tu bagi dia makan ubat demam lagi dan letakkan tuala basah di kepala dan badannya untuk menurunkan suhu badannya. To cut it short dari tgh malam tu hingga kepagi kami rotate untuk monitor keadaan aisyah. So pagi jumaat tu aisyah kelihatan lemah dan tak larat mungkin kerana demamnya itu. The whole day tu macam tu jugalah makan ubat demam akan turun sikit suhunya dan ampak macam tak ketara penurunan suhu badannya.
Melihatkan keadaan demamnya masih tak fully turun, Jumaat malam tu saya bawak Aisyah ke Ampang Putri untuk di check semula, arround 10.30 pm, ambil blood test dan resultnya normal still above minimum level untuk platlet reading. Tapi memang denggi pun tak boleh di detect kalau baru dua hari demam. Doktor kata balik dululah dan datang semula on Monday kalau still tak sihat untuk di check semula darah. Weekend tu, hari Sabtu Aisyah walaupun still demam tapi petang tu boleh makan dan minum, dan cuma hari Ahad the next day dia memang terlantar habis tak nak makan, tak nak minum dan susah nak makan ubat.
Masuk hari Isnin, Aisyah basically badan dia dah tak demam sangat dah just mild fever sahaja, tapi dia memang nampak tak bermaya langsung. Saya bawa semula ke Ampang Putri pagi tu, dan bawa jumpa dgn doktor Nasir, doctor pakar kanak2 yang memang biasa dengan semua anak anak saya, since dia dah jadi like a family doktor to all my kids sejak anak sulung saya Ikhwan umur 28 hari lagi. Doktor nampak Aisyah amat tak bermaya maka dia pun kata suruh warded walaupun masa tu blood test belum tahu lagi. Katanya Aisyah looks very helpless tak bermaya jadi kena masuk drip. Tengahari tu masa Aisyah dah masuk ward, blood test result keluar platletnya cuma tinggal 40 sahaja walaupun dua hari sebelum tu normal 172 reading platletnya. Sebaik sahaja Aisyah masuk dia ada terbatuk dan termuntah dan masa tu agak membimbangkan sebab kelihatan ada darah sedikit dan memang itu adalah the only time Aisyah muntah pun selepas tu tak ada lagi dah. Petang tu darah Aisyah diambil sekali lagi dan readingnya turun lagi jadi 25.
Doktor masukkan air dan platlet darah dalam badan nya. Masuk hari Selasa, pagi tu darah Aisyah di ambil sekali lagi, readingnya diketahui tengahari hanya 17 sahaja. Saya cuba nak memujuk dia supaya minum air 100 plus from day one lagi tapi memang di tolak sama sekali, tepis saja. Nampak lemah dan tidur sahaja. Doktor still masuk kan air, platlet, dan berbagai ubat2 lain dalam badannya untuk meningkatkan platletnya.
Perut Aisyah nampak menegang sebab livernya membengkak dan menyebabkannya selalu mengadu sakit perut dan susah nak bergerak, cuma boleh baring mengiring kesebelah kanan sahaja. Masuk hari Rabu, platlet readingnya makin jatuh ke below 10, makin membimbangkan, tapi basically cuma platletnya saja yg jatuh, blood pressurenya normal, heart beat pun ok juga. Saya dan isteri mula makin bimbang apabila Aisyah buang air besar warna hitam dan memang itu petanda bahagian ususnya mungkin berdarah.
On that day saya berjaya untuk meyakinkan Aisyah untuk minum air 100 plus sikit dan Alhamdulillah petang tu platlet readingnya naik ke 47. Walaupun platletnya dah naik tapi di sebabkan livernya dah membengkak, di paru-paru sebelah kanannya berair, dan menyebabkan Aisyah mengalami kesukaran nak bernafas, nampak macam orang asma. Petang tu around 6.30 pm,doktor terpaksa menebuk dada sebelah kanannya untuk mengeluarkan air, dan lebih kurang 600 ml air di keluarkan dari paru-parunya. Masa nak keluarkan air dari paru-paru tu, doktor terpaksa menggunakan ubat tidur sebab dia masih kecil, 5 tahun dan kalau tak dia akan memberontak tak mahu diam nanti.
Lepas habis keluarkan air tu, Aisyah tidur sahaja sepanjang malam hinggalah ke tengah malam baru nampak dah mula sedar tapi cara pernafasannya masih berbunyi dan kena menggunakan bantuan oksigen (oksigen mask). Masuk hari Khamis, dalam pukul 2.45 pagi, saya lihat Aisyah seperti resah saja dan dia selalu nak menanggalkan oksigen mask tu dari mukanya.
Everytime tu juga saya kenakan semula dan baru terperasan bahawa walaupun menggunakan bantuan oksigen, tahap maksima oksigen dalam badan Aisyah hanyalah setakat around 80-83% sahaja sedangkan selepas di keluarkan air dari dadanya memang sampai ke tahap 98%. Saya panggil nusrse dan mereka cuba gunakan healer gas untuk cairkan kahak sebab memang dari sebelum tu lagi bunyi macam aisyah batuk dan ada kahak di kerongkongnya. Doktor di panggil dan tahap oksigennya semakin turun dan doktor melakukanan beberapa prosedur kecemasan untuk try to regain balik pernafasannya. Dalam pukul 4.30 Aisyah was rushed to ICU dan masa tu lah darah start keluar dari hidung dan mulutnya.
Aisyah terpaksa bernafas menggunakan bantuan pernafasan ICU, life support machine dan darah membuak buak keluar dari hidung dan mulutnya dan she totally unconscious masa tu. Di pendekkan cerita start dari pagi subuh tu darah tak berhenti henti keluar dari hidungnya hinggakan nurse terpaksa menyumbat kapas dihidungnya dan darah di salurkan keluar dari hidungnya melalui tiub kecil hingga ke botol silinder yang di letakkan ke lantai. Nampak kelihatan pengaliran darah yang keluar dari hidungnya di tiub tu. Saya rasa sungguh hiba melihat keadaan anak saya tu dan tak dapat nak menahan perasaan,walaupun cuba nak menahannya. Di sebelah petang Khamis tu, saya lihat darah mula kelihatan mengalir keluar dari matanya yang terpejam tapi tak berapa rapat.
Berbincang dgn doktor, dari segi perubatan keadaan nya memang amat kritikal, tisu paru2 Aisyah mengalam pendarahan dalam, ususnya dan juga di khuatiri otaknya pun dah mengalam pendarahan. Sejak di masukkan ke ICU otak Aisyah tak menerima bekalan oksigen dah. Kawan2, sahabat2 saudara mara dan office mate ramai yg datang melawat dan semua cuba menenangkan perasaan kami suami isteri. Malam Jumaat tu selepas semua yg datang menziarah balik around 12 am, saya duduk berbincang dgn isteri di hadapan anak kami itu sambil membelai Aisyah dan cuba berinteraksi dgn nya walaupun tak ada langsung reaksi yg diberikan. Kami berbincang mengenai keadaan dan kemungkinan dan ketentuan Allah yang akan berlaku keatas anak kami dan juga keluarga kami dan insyaallah kami bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Di tengah malam tu, setelah solat hajat meminta pertolongan Allah, saya pun berdoa dan meminta supaya Allah melaksanakan ketentuan yang telah ditetapkannya, berdoa supaya Allah melakukan apa yang terbaik untuk Aisyah, dan juga untuk keluarga kami. Jika sekiranya dengan mengambil Aisyah semula adalah yang terbaik untuknya maka kami meredhainya dan kami berdoa supaya Allah mengambilnya dengan tenang.
Selepas solat fajr hari Jumaar tu, saya dan isteri berada semula di sebelah katil Aisyah dan kelihatan oksigen levelnya amat rendah sekali dalam 20%, bp semakin jatuh, dan juga heart beat. 8.30 am doktor Nasir pun datang dan mengatakan tiada apa lagi yang dapat di lakukan untuk menyelamatkan Aisyah dan setelah mendapat persetujuan kami, maka alat bantuan pernafasannya pun dimatikan dan kelihatan Aisyah hanya dapat bertahan selama 20 minit sahaja lagi sebelum dia menghembuskan nafasnya. Selama dalam 20 minit itu saya mengajarkannya Kalimah Syahadah walaupun dia masih kecil belum baligh, dan isteri membacakan surah Yasin di telinga kirinya. Dan kata isteri saya apabila tiba ke ayat dalam surah Yasin yang basically meminta Allah memudahkan segala urusan, jantungnya pun berhenti berdenyut.
Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jugalah kita akan kembali. Allahyarham Amirah 'Aisyah meninggal dunia pada Jumaat, 25hb Okt 2002, 8.40 am pada ketika usianya 5 tahun dan 4 bulan kerana Demam Denggi Berdarah.
Al-Fatihah.
Wassalam Zainal Adnan

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved