Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 13,385 viewed


1)A Case atau Casing - Terdiri daripada dua jenis : Tower Dekstop

2)Unit Bekalan Kuasa (Power Supply Unit/PSU)
Membekalkan dua jenis arus elektrik iaitu AC(Amplitude Current) dan DC(Direct Current). AC digunakan untuk bekalan kuasa kepada monitor. DC digunakan untuk bekalan kuasa kepada komponen sistem komputer. Kuasa DC yang dibekalkan terbahagi kepada dua kategori iaitu 5VDC biasanya menggunakan wayar hitam dan merah serta 12VDC menggunakan wayar hitam dan kuning. Terdapat dua jenis PSU iaitu AT dan ATX.

3)Motherboard ( Papan Induk )
Dikenali juga sebagai System Board, Mainboard, MIM Board, MOBO atau papan induk. Ianya merupakan papan litar yang bercetak ( Printed Circuit Board/PCB ) yang mengandungi cip-cip elektronik diatasnya. Jenis :- XT- Extension Technology yang berkeupayaan 8 bit. AT- Advanced Technology yang berkeupayaan 16 bit. XT Versus AT - Berkeupayaan sehingga 32 bit. Motherboard Pentium - Biasanya dikenali sebagai PCI (Peripheral Connect Interchange) yang berkeupayaan sehingga ke 64 bit. ATX - Papan nduk bagi Pentium Pro berkeupayaan 64 bit.

4)Bit
Singkatan daripada binary iaitu asas bagi sistem penduaan yang mempunyai simbol 0 dan 1. Satu bit diwakili oleh sama ada 0 atau 1. Sebuah komputer mempunyai 256 aksara (character) yang berbeza di mana setiap aksara menggunakan kombinasi bit yang berbeza. Kombinasi dari 8 bit akan membentuk satu aksara contohnya 'A'. 8 bit yang membentuk satu aksara ini dikenali sebagai 1 byte. Pengiraan ini adalah mengikut piawaian ANSI ( American National Standard Institude ) dengan menggunakan kod ANSII ( American Standard Code For Information Interchange ). Kod ANSII adalah kod yang digunakan dalam komunikasi digital dan komputer. Kod ANSII ini mewakili 128 aksara iaitu huruf, nombor, dan tanda bacaan yang terdapat pada papan kekunci.

5)CMOS (Complimentry Metal Oxcide Semiconductor)
Adalah program IC cip dari keluarga 'field effect' iaitu berfungsi apabila dibekalkan dengan kuasa berterusan dari 3-15VDC. Berkeupayaan tinggi menghadapi perubahan kuasa. CMOS IC digunakan untuk menyimpan program sistem komputer iaitu ROM (Read Only Memory) dan asas konfigurasi sistem komputer iaitu BIOS (Basic Input Output System).

5)ROM (Read Only Memory)
Adalah program yang tersimpan di dalam CMOS IC iaitu program bagi sesuatu sistem komputer yang hanya boleh dibaca sahaja. Program ini adalah untuk mencari arahan dimana ia akan melakukan pemeriksaan terhadap keseluruhan sistem komputer sebelum sistem operasi (Operating System) bermula. Ianya dikenali sebagai POST (Power On Self Test). POST berfungsi apabila suis dihidupkan dan akan melakukan sekurang-kurangnya 14 ujian termasuklah memeriksa memori (RAM), monitor, peranti-peranti input dan output. POST menggunakan 2 kilobait ingatan dan biasan pada skrin yang biasanya 1.5 minit. POST akan mengeluarkan bunyi 'beep' dan juga beberapa kod nombor masalah jika terdapat sebarang masalah pada sistem komputer.

7)BIOS (Basic Input Output System)
Merupakan program yang tersimpan di dalam CMOS IC bersama-sama dengan POST. POST adalah ingatan baca sahaja tetapi BIOS adalah merupakan program konfigurasi bagi sistem komputer berfungsi mengawal permindahan maklumat dan arahan dari pemprosesan (CPU) kepada peralatan seperti monitor dan memori. Kesimpulannya kesemua peralatan sistem komputer adalah dikawal oleh BIOS. BIOS juga dikenali sebagai perisian sistem peringkat terendah bagi menentukan keserasian mesin. Terdapat beberapa program BIOS seperti IBM, AMI, Pheonix, dan Award. Walaupun BIOS tersimpan di dalam CMOS IC ianya boleh diubah dan digelar EPROM (Erasable Programmable Read Only Memory).

8)Sistem Jam dan Kalender (Crystal Clock).
Terbina di dalam papan induk yang membolehkan sistem komputer membaca terus waktu dan tarikh semasa. Ianya juga menghasilkan getaran dimana apabila getaran dikeluarkan barulah sistem komputer dapat beroperasi.

9)Slot Penambahan (Expension Slot)
Digunakan bagi meletakkan kad-kad adaptor tambahan. Keupayaan slot penambahan adalah bergantung dari keupayaan sistem bus sesuatu papan induk.

10)Ingatan Capaian Rawak (RAM/Random Access Memory).
Adalah merupakan ingatan utama (primary memory) berbentuk dinamik RAM (DRAM/Dynamic Random Access Memory) iaitu menyimpan data dan arahan secara sementara. Fungsi RAM adalah untuk menyimpan arahan dan data yang sedang dan akan diproses oleh CPU(Central Prosessing Unit). RAM berkomunikasi secara terus-menerus dengan CPU semasa sistem komputer beroperasi. Terdapat beberapa bentuk dan saiz RAM dimana bermula dengan IC cip, SIMM(Single in Line Memory Module) bersaiz 30 pin dan 72 pin serta DIMM(Double in Line Memory module) bersaiz 168 pin. Bagi menambahkan lagi daya memproses bagi sistem komputer, RAM boleh ditambah mengikut kepada keperluan bergantung kepada keupayaan papan induk.

11)Cache Memory
Bertindak sebagai pengimbal diantara CPU dan RAM bertujuan untuk mempercepatkan proses bagi mendapatkan paparan maklumat. Memori yang mampu disimpan oleh Cache Memory adalah kecil berbanding RAM dan kebiasaannya data yang selalu digunakan akan disimpan di dalam Cache Memory.

12)UNit Pemprosesan Pusat(CPU/Central Prosessing Unit).
Merupakan nadi dan jantung bagi sesebuah sistem komputer. CPU tersiri daripada beberapa unit yang terbina di dalamnya iaitu ALU(Arithmatic Logic Unit), CU (Control Unit), dan IR (Internal Register). ALU berfungsi untuk melakukan proses pengiraan arithmatik, permindahan data, kemasukan data(Data Entry, dan membuat keputusan serta berkeupayaan membandingkan nombor dan menyunting numerik. CU adalah sebagai penyelaras operasi CPU dan berkomunikasi dengan peranti-peranti input. IR adalah ingatan kecil untuk membuat sesuatu pengiraan yang mudah. CPU Pentium MMX merupakan CPU yang mengandungi ciri multimedia terbina di dalamnya dan berkemampuan memproses data 20% lebih laju daripada CPU Pentium biasa.

13)Kad Grafik (Graphic Card).
Juga dikenali sebagai Video Card, Monitor Card, atau Display Card. Kad grafik amat penting bagi memastikan jenis-jenis perisian aplikasi yang boeh dilaksanakan oleh sistem komputer dapat berfungsi dengan sempurna. Kad grafik mempunyai ingatannya(memory) sendiri bagi menentukan keupayaan kad memaparkan paparan dengan lebih cepat dan ketepatan warna yang mampu dihasilkan. Terdapat beberapa jenis kad grafik terdiri daripada Monochrome, CGA(Colour Graphic Adapter), EGA(Enhanced Graphic Adapter), VGA(Video Graphic Array) dan SVGA(Super Video Graphic Array) dimana mempunyai keupayaan yang berbeza.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved