Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 nur_86 • 1 year ago • 763 viewed


Pernah tak korang masuk rumah yang kemas, bersih, teratur dan pernah tak masuk rumah yang berselerak, kotor dan huru-hara? Saya pernah. Bila masuk rumah yang kemas bersih tu saya pun mengharap saya akan boleh buat begitu dalam rumahtangga saya. Kalau saya masuk rumah yang satu lagi, saya berharap saya takkan jadi begitu satu hari nanti. Dalam masa yang sama saya dok fikir mengapa terjadi perbezaan yang ketara tu. Sebab tak semestinya rumah yang bersih kemas tu tak de anak-anak kecik, dan tak semestinya juga rumah yang sepah tu anak kecik berderet-deret. Jadi bila saya dah duduk dalam rumah tu, saya rasa saya dapat memikirkan beberapa faktor penyebab dan juga jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan.

1) Upah orang gaji atau maid hujung minggu
Pilihan ini untuk orang yang berkemampuan dan dua-dua (suami isteri) tak kisah adanya campur tangan orang lain dalam rumah. Suami saya bukan jenis ini, dia tak selesa ada orang lain atau hasil tangan orang lain.

2) Kerjasama suami
Apa yang saya perhatikan, rumah akan mudah bersepah jika suami jenis tak kisah. Kalau suami pun jenis di mana bukak seluar di situ londeh, tuala tak sidai, pinggan tak basuh, di mana makan minum di situ tinggal pinggan dan cawan, kasut tak susun... semua harapkan isteri yang buat. Masa berdua ok la lagi, tapi kalau dah berempat berlima berenam..tak menang tangan la isteri. Satu hal lagi, ayah tu menjadi contoh..apa ayah buat anak buat jugak..pastu isteri @ maknye pun terkangkang nak buat semua.

3) Elakkan bertangguh
Yang ni adalah apa yang mak-mak macam kita boleh upgrade diri sendiri. Apa yang saya perhatikan, bila bertangguh, maka banyakla kerja yang tak siap. Contohnya, lepas masak tangguh basuh segala periuk belanga blander lesung batu pisau sudip senduk, sama ada ditinggalkan atas dapur atau dalam sinki. Nanti lepas makan bertambah pulak dengan pinggan cawan sudu garfu X berapa kepala yang ada dalam rumah. Bila dah banyak mulalah rasa letihnya nak basuh semua tu. Tangguh lagi. Sebenarnya kalau kita amalkan untuk selesaikan kerja pada satu-satu masa, sebenarnya kita dah jimat banyak masa dan tenaga. Memangla basuh periuk kuali tu nampak berat sebab besar, tapi kalau buat sekejap je. Kalau tangguh pun nanti-nanti kena buat juga, ye tak. Sama juga kekdahnya dengan menguruskan pakaian. Bila agak-agak nak penuh bakul tu silalah basuh terus jangan tunggu malam karang atau esok. Macam tu juga dengan pakaian di ampaian. Dah kering je terus angkat, daaaaannnn LIPAT! jangan angkat saja pastu renyukkan dalam bakul lain pulak. Kan dah jadi dua bakul pakaian tak terurus tu, satu bakul baju kotor dan satu bakul baju bersih. Lagi teruk kalau renyukkan dalam almari atau atas katil, kemudian datang anak atau ayahnya lenjan pulak atas baju-baju tu. Bila agaknya nak lipat tu ye. Percayalah kalau kita terus je lipat sebaik saja angkat, tak sampai 10 minit pun kain selonggok tu. Dah lipat... .terus SIMPAN! Jangan biar je tersusun gitu, karang anak sepahkan sesia je masa dan tenaga melipat tu.

4) Tetapkan rutin
Ini kerap kali suami saya tekankan, dan kerap kali juga saya tak buat. hehe. Tetapkan rutin dalam hidup dan tugasan kita. Pendek kata, time management kena mantap. Tapi saya selalunya main congak-congak. Contohnya kalau agak-agak pagi tu nak masak menu yang susah sikit, nak kena defroze bahan basah ke, saya bangun awal. Tapi kalau agak-agak nak masak campak-campak aje set jam lewat sikit. Sila jangan tiru saya kalau anda nak jadi ibu dan isteri yang berdisiplin, sekaligus anak-anak yang berdisiplin jugak. Tetapkan rutin, dan patuhi jadual yang kita buat tu. Misalnya, kita bangun sekian-sekian waktu, solat sunat, kemudian buat apa-apa kerja rumah yang patut. Ada orang suka basuh baju waktu pagi sebelum pergi kerja, ada orang kena masak bekal suami dan anak, ada orang kena masak breakfast dan lauk lunch. Terpulanglah kepada agenda hidup masing-masing. Pukul berapa nak keluar ke tempat kerja..kalau boleh biar sama je jadual tu sebab itu memudahkan anak-anak juga set jadual mereka. Jangan disebabkan waktu kerja kita fleksible, kita bagi kelonggaran kat anak-anak. Kadang-kadang keluar pukul 8, kadang-kadang keluar dekat pukul 9, kadang-kadang nak awal pulak pukul 7 dah nak keluar sebab maknya ada meeting. Jadi anak-anak pun keliru. Kalau anak dah sekolah ok la mak yang kena ikut timetable anak.hehe.Kemudian, set masa hari apa nak gosok baju. Kalau boleh elakkan kumpul baju yang nak digosok sampai stok seminggu kalau kita dah ada anak berderet. Seminggu 3 kali atau 2 kali dah ok. Takdela sebeban nak kena gosok. Sama juga rutin-rutin lain termasuk vakum, mop, tukar cadar sarung bantal, cuci bilik air, dan tak lupa rutin mengajar anak-anak mengaji dan ulangkaji. Jangan biarkan anak take advantage atas kelemahan kita untuk menepati jadual waktu.

Macam mana pulak kalau ada baby kecik? Mesti la lari-lari sikit timetable tu kan sebab baby kan meragam la, nak menyusu la... Pada saya, lari sikit tu ok, tapi jangan biasakan. Kalau jadual lari daripada jadual sebelum ada anak kecik, kita kena set jadual baru yang lebih sesuai.

5) Latih anak-anak dari kecil
Latih anak-anak dengan rutin, dan disiplin sejak kecil. Ini saaaaangat penting. Saya perhatikan ramai mak-mak yang akhirnya pasrah rumah bersepah sebab penangan anak-anak. Sebagai ibu dan bapa, kita kena latih mereka mengikut peringkat umur. Apa yang penting lagi adalah contoh teladan. Anak-anak ni meniru. Perkara paling simple, masuk rumah terus susun kasut di rak kasut. Nampak mudah, tapi ramai yang tak boleh buat. Sebabnya masa kecik-kecik tak ditekankan perkara yang nampak remeh tu. Nanti anak dah sekolah, dengan selipar dia sepah, kasut sekolah, stokin busuk pun semua kat depan pintu je. Lagi yang simple, bangun tidur terus lipat selimut dan susun bantal. At least bantal masing-masing. Haa..ni lagi satu kepantangan mak saya, lepas mandi tuala mesti sidai elok-elok jangan diperuk merata sampai masam dan bertahi lalat. Saya tengok part ni memang payah sikit nak ajar anak-anak esp anak lelaki. Kena tegas la. Lepas makan dan minum, sekurang-kurangnya bawa pinggan mangkuk ke sinki. Bila dah besar sikit, basuhlah pinggan sendiri. Lepas basuh tangan, lap tangan pada kain lap dan bukan lap pada baju. Lepas main, kemas semula mainan. Benda-benda begini perlu dipesan sentiasa dan berkali-kali sampaila jadi habit pada anak. Iaitu cara hidup dia. Jangan anggap dia kecik maka kita biarkan aje dia..nanti bila dia dah terbiasa dengan cara hidup tak berdisiplin yang peningnya kita juga. Mudah-mudahan anak saya boleh kekalkan disiplinnya sampai besar.

6) Kreatif untuk jimat masa
Yang ni saya belum aplikasikan sepenuhnya, masih belajar lagi. Ramai yang dah buat begini especially yang rajin memasak. Contohnya kisar bawang siap-siap, kisar cili siap-siap, buat sambal stok seminggu, buat stok ayam, dan macam-macam cara lagi untuk menjimatkan masa. Bab pakaian pun sama. Saya untung sebab pakaian suami dia yang tentukan sendiri dan uruskan sendiri. Saya tukang basuh aje.

7) Be organised
Hidup kena teratur. Serba-serbi. Yang ni susah sikit nak explain panjang-panjang. Setakat bagi contoh boleh la. Apa-apa aspek dalam hidup kita ni kena ada kategori. Jadi sebagai mak dan isteri, kita kena jadi organizer. Contohnya nak kelaskan pakaian dalam almari, nak kelaskan barang dapur, nak simpan dalam bekas apa. Almari ni nak letak apa, almari sana simpan apa, laci ni untuk apa, laci tu pulak nak letak apa. Semua tu kena ada kategori masing-masing supaya senang kita nak cari, nak simpan, nak guna. Kalau makanan basah pun, beli sekor ayam kita separate la siap-siap satu tuperware untuk goreng, satu tuperware dah siap potong kecik-kecik nak buat rencah, ada yang untuk buat sup misalnya. Ikan, selalu sekali masak berapa ekor, kalau masak 3 ekor jangan simpan 7 ekor satu bekas. Asingkan untuk sekali masak. Kalau cadang nak buat tomyam campur minggu tu boleh aje simpan satu bekas segala rencahnya sekali; ayam, udang, sotong.

- credit to I is me is my is mine is myself -

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved