Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 1,297 viewed


MEMBUKAKAN DINDING ANTARA MAKHLUK DENGAN PENCIPTA (ALLAH TA'ALA)

KATA orang Ahli Tarekat Sufiah ada empat dinding antara hamba dengan Tuhan, dan Empat buah pula jalan dari hamba menuju kepada ALLAH.

Dinding Pertama antara manusia dengan ALLAh iaitu kalau manusia itu berkekalan bernajis besar dan bernajis kecil serta berkekalan pula berhadas besar dan berhadas kecil, maka itulah dinding yang pertama antara manusia dengan ALLAH. Supaya terbuka dinding yang pertama antara manusia dengan ALLAH hendaklah manusia itu berkekalan suci dari hadas besar dan hadas kecil dan suci pula pakaian, tempat kediaman dari najis besar dan najis kecil. Bagaimana caranya mensucikan hadas besar dan kecil, najis besar dan najis kecil, tentulah tuan-tuan pembaca sudah maklum.

Dinding ke Dua antara manusia dengan ALLAH iaitu kalau anggota kita yang tujuh berkekalan mengerjakan haram dan makruh; dan untuk membukakan dinding yang kedua ini hendaklah anggota yang tujuh berkekalan menghentikan dosa haram dan makruh dan berkekalan pula anggota yang tujuh mengerjakan sunat dan wajib sebagaimana yang tersebut didalam hukum-hukum fiqah. Yang dikatakan anggota yang tujuh ialah; Pertama Mata, Kedua Telinga, Ketiga Lidah, Keempat Tangan, Ke Lima Kaki, Ke Enam Perut dan Ke Tujuh Faraj.

Anggota Tujuh, hari pun Tujuh, Neraka Tujuh pula. Sebab anggota yang tujuh mengerjakan haram dalam hari yang tujuh, nanti dimasukkan kedalam neraka yang tujuh. Akan memerdekakan diri dari Neraka yang tujuh ialah berkekalan kita menyebut kalimah yang Tujuh, iaitu;

Ertinya" Berkekalan dan Berkepanjangan BerTuhan atau Memperhambakan diri kepada ALLAH dan berkekalan dan berkepanjangan pula kita mengikut zahir dan batin kepada Nabi Muhammad s.a.w..

Dinding yang ke Tiga antara manusia dengan ALLAH iaitu; kalau hati manusia berkekalan bersifat dengan sifat yang dicela syara', maka terdindinglah antara manusia dengan ALLAH. Maka untuk membukakan dinding yang ke Tiga ini, hendaklah dibuangkan sifat kecelaan yang di dalam hati kita dengan ilmu dan amal. Sesudah itu, tanamkanlah sifat yang dipuji syara' ke dalam hati kita dengan ilmu dan amal. Setengah dari sifat yagn dicela syara' yang terletak pada hati kita ialah: Hawa, Nafsu, Dunia, Syaitan, Jahil, Lalai. Munafik, kafir hasad, ria' ujud. sama'ah. panjang angan-angan, loba, tamak dan jika dijumlahkan kata Ahli Tasawuf ada kira-kira Enam Puluh macam. Sesudah dibuangkan sifat-sifat yang dicela syara' yang ditanam didalam hati tadi, maka ditanamkan pula ke dalalm hati sifat-sifat di puji syara'; setengah daripadanya iaitu: Iman, Islam, Tauhid, Makrifah, Sabar, Tawakkal, Redha, Taslim, Khusyuk, Tadharruk, Pengasih, Penyantun, Rendah Hati, Tinggi Cita-cita, qanaah, berani, jika dijumlahkan ada kira-kira Enam puluh pula. Jadinya, membuangkan sifat yang di cela syara' ke dalam hati, maka terbukalah dinding yang ketiga antara manusia dengan ALLAH.

Dinding yang Ke Empat antara hamba dengan ALLAH iaitu: kalau hati kita lalai kepada lain ALLAH atau lalai kepada makhluk. Untuk membukakan dinding yang ke empat ini ialah dibuangkan dalam hati segala yang lain dari ALLAH. Dengan lain perkataan yang ada tetap dalam hati kita ialah ZIKRULLLAH atau MAKRIFATULLAH yang berkepanjangan..

Sesudah ke Empat dinding antara hamba dengan ALLAH telah terbuka yakni telah terbentang jalan menuju ke hadrat ALLAH, maka perkakas akan menghampirkan diri kepada ALLAH ada empat pula, iaitu.. SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. Kalau kita umpamakan SYARIAT itu LAUT, TAREKAT menjadi SAMPAN, dan HAKIKAT MUTIARA yang dalam laut, MAKRIFAT memakai CINCIN MUTIARA YANG DIMAKSUD. Kalau kita umpamakan SYARIAT sebagai BUKIT BATU, TAREKAT memecah-memecahkan batu dalam bukit tadi, HAKIKAT ialah KACA TEROPONG yang tersembunyi didalam batu itu, dan MAKRIFAT ialah MELIHAT DENGAN KACA TEROPONG KEPADA YANG DI MAKSUD.

Kalau diumpamakan SYARIAT sebagai Buah Kelapa, Tarekat ialah Membelah dan Meramas Santan dan Menanaknya, HAKIKAT ialah Minyak dalam Kelapa itu dan MAKRIFAT adalah memakan atau meminum minyak itu. Maka ternyatalah bahawa SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT tidak dapat diperceraikan. Tiap-tiap orang yang hendak sampai kepada ALLAH hendaklah mengerjakan ke EMPAT PERKARA tersebut. Pertama, hendaklah kita mengerjakan SYARIAT dan melengkapi segala hukum-hukum yang takluk dengan dia.

Adapun erti syariat iaitu mengerjakan barang-barang yang bergantung dengan amal badaniah daripada segala hukum-hukum sembahyang, puasa, zakat dan haji. Sesudah tetap ktia atas syariat, maka ALLAH mengadakan jalan (TAREKAT) supaya jalan itu kita lalui dengan perjalanan HATI atau perjalanan ROHANI bukan berjalan dengan jalan kaki. Buktinya kita disuruh berjalan, FIRMAN ALLAH;

" Ya Muhammad ! Serulah mereka ke jalan TUHAN engkau dengan cara hikmat dan nasihat yang baik.."

Selain dari keterangan itu tersebut banyak lagi dalil menyuruh kita bertarekat iaitu Firman ALLAH :

" Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (yakni agama Islam) nescaya KAMI akan memberi minuman kepada mereka air yang segar dan banyak.. "

Maksudnya ayat ini menerangkan bahawa ALLAH TA'ALA menjanjikan menumpahkan Rahmat dan Nikmat kepada orang yang berkekalan mengerjakan Tarekat. Adapun makna Hakikat pada sisi Ahli Tarekat Naqsyabandi iaitu :

' Bahawa engkau ketahui dan engkau yakinkan dengan engkau pandang kepada ALLAH dengan pandangan NUR IMAN yang ditaruh ALLAH dalam HATI ktia bahawa TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SEMUANYA. "LA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAH - Tiada daya untuk mengerjakan TAAT atau Menghentikan MAKSIAT hanya semata-mata denga PERTOLONGAN ALLAH pada HAKIKATNYA. "

Sabda Nabi s.a.w. :
"Tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah juapun melainkan dengan izin ALLAH TA'ALA yakni dengan KEHENDAK ALLAH jua. "

Lagi Firman ALLAH TA'ALA:
"Dan tiada engkau melempar Ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi ALLAH TA'ALA jua yang melempar.."

Lagi Firman ALLAH TA'ALA:
"Dan bermula ALLAH TA'ALA yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.. "

Kesimpulan yang dikatakan HAKIKAT bahawa kepada ALLAH kembali segala HAKIKAT Pekerjaan, DARI ALLAH, DENGAN ALLAH, KEPADA ALLAH.

Adapun erti TAREKAT iaitu "Jalan yang menyampaikan dari tempat SYARIAT ke tempat HAKIKAT. Tidak sampai Syariat kepada Hakikat kalau tidak akan dengan Tarekat. Dengan lain perkataan erti TAREKAT ialah CUKUP ILMU dan AMAL MENUJUKAN KEPADA WAJAH ALLAH TA'ALA, iaitu dengan menyempurnakan kelakuan NAFASIAH dan ROHANIAH dengan memperbanyak TAUBAT, WARAK, ZUHUD, MUHASABAH, MURAQABAH, TAWAKKAL, REDHA, TASLIM, SYUKUR dan segala sifat-sifat lain yang di puji SYARAK. Apabila telah cukup syariat dengan segala hukum-hukum yang takluk dengan dia, disambung lagi dengan tarekat yang tersebut, maka INSYA'ALLAH sampailah orang itu ke tempat HAKIKAT. Maka jelaslah bahawa Syariat dan Tarekat dan Hakikat itu tidak diperceraikan seperti tali kembar (pintal) tiga, bak TUNGKU TIGA SEJERANGAN, KELAPA TIGA MATANYA kerana Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Syariat itu beberapa perkataan aku, dan tarekat itu beberapa perbuatan aku dan hakikat itu ialah kelakuan aku.."

Maka ayat dan hadis ini, ialah jadi asas dan pengambilan bagi tarekat. Dan jika dikata orang dari pengambilan tarekat kami telah maklum, sekarang kami dalam kesamaran tentang mempelajari tarekat adalah dituntut agama ? Ketahuilah bahawasanya mempelajari Tarekat dengan seterang-terangnya dituntut agama berdasar dengan Firman ALLAH TA'ALA :
" Katakanlah Ya Muhammad kepada umat engkau, jika ada kamu kasih akan ALLAH maka ikutlah aku supaya kasih pula ALLAH TA'ALA akan kamu.. "

Terang dan nyata bagi kita bahawasanya WAJIB atas kita mengikut ALLAH dan mengikut Rasullullah s.a.w. itu atas dua jalan. Pertama JALI ertinya NYATA, dan Ke Dua KHAFI ertinya tersembunyi jalan rahsia. Adapun yang Jali itu ialah mengikut Rasullullah dengan mengamalkan Zahir Syariat seperti segala amalan yang bersangkut dengan anggota yang zahir, demikian juga menghentikan segala larangan Rasulullah s.a.w.. Adapun dengan KHAFI itu ialah mengikut Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan batin syariat atau mengamalkan Tarekat sehingga sampai kepada "Berkekalan Memperhambakan Diri kepada ALLAH dan Berkepanjangan Ingat Hati kita kepada ALLAH". Kesimpulannya, supaya kita menjadi hamba ALLAH TA'ALA yang sebenar-benarnya BUKAKANLAH DINDING YANG EMPAT DAN JALANILAH JALAN YANG EMPAT... .

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved