Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 isONE7 • 5 years ago • 5,749 viewed



Kes Satu

Seorang lelaki berusia awal 40-an dikejarkan ke hospital selepas mengadu zakarnya bengkak. Lebih teruk, lelaki ini yang dipercayai menemui tukang urut kononnya mahu mengatasi masalah zakarnya lembik, tidak boleh membuang air kecil malah saluran kencingnya cedera akibat urutan pada zakar.

Zakar lelaki ini bukan saja bengkak malah memiliki tanda lebam dan biru. Akibatnya, lelaki ini hidup dengan tiub getah bagi membuang air kecil selama tiga minggu selain diberi ubat menghilangkan bengkak pada zakar.

Kes Dua
Seorang lelaki meraung kesakitan apabila kedua-dua buah zakarnya bengkak. Bukan saja bengkak, warna kerandut zakar juga berubah hitam hingga doktor sendiri mengaku tidak pernah berdepan pesakit seperti ini.

Kes Tiga
Seorang lelaki berusia awal 30-an mengadu sukar mendapat ereksi apabila bersama isteri. Lelaki ini mengaku mendapatkan khidmat urut batin tetapi nampaknya masalahnya masih belum juga diatasi.

Tidak tertahan lagi, lelaki ini bertemu doktor. Rupa-rupanya tekanan dan masalah yang berlaku dalam hubungannya bersama isteri menjadi punca lelaki ini tidak terangsang setiap kali bersama isteri.

TIGA paparan kes di atas adalah kejadian sebenar yang dirujuk di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, gara-gara perbuatan lelaki mendapatkan khidmat urut batin untuk tampil hebat di ranjang.

Dalam tiga kes terbabit, tanpa usul periksa, mangsa mendapatkan khidmat tukang urut batin yang disangka mampu mengembalikan kejantanan dan dominasi mereka di bilik tidur.

Akhirnya, keputusan yang mungkin didorong nafsu dan gesaan membuktikan diri hero di ranjang, menyebabkan terbabit menanggung derita. Zakar dan buah zakar membengkak selain sukar membuang air kecil dan berjalan, menjadi antara kesengsaraan yang perlu ditanggung lelaki terbabit yang tidak berfikir panjang ketika membenarkan kemaluan diurut.

Paparan kedua isu urut batin kali ini mengajak pembaca berkongsi pandangan pakar perubatan mengenai amalan urut batin yang makin popular sejak akhir-akhir ini. Jika tidak berhati-hati, lelaki boleh berdepan masalah dan andainya kesan cukup kronik, alamat meranalah lelaki yang sebelum ini mungkin memiliki kehidupan kelamin normal.

Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin berkata, amalan urut secara amnya tidak membawa kesan buruk kepada anggota badan kecuali jika ia dilakukan pada bahagian sensitif terutama zakar.

“Kita lihat teknik yang diamalkan dalam proses mengurut ialah memicit atau melakukan urutan pada kaki, paha dan belakang badan. Semua itu tidak mendatangkan masalah tetapi perlu saya jelaskan, zakar tidak boleh diurut.

“Zakar ibarat sponge organ atau organ span di mana ia hanya membesar apabila ada bekalan darah dan zakar berkait rapat dengan saraf,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

Dr Zulkifli berkata, seseorang lelaki yang menghadapi masalah disfungsi erektil (ED), pancutan pra matang dan rendah tahap libido tidak akan beroleh faedah atau manfaat daripada proses berurut termasuk urut batin.

“Dari aspek logik, kita tidak dapat melihat bagaimana proses urut boleh membantu... Kita tidak nampak apakah mekanisme yang digunakan (dalam proses urutan) boleh memberi kesan positif kepada lelaki,” katanya sambil menambah tidak salah lelaki sekali-sekali berurut untuk relaks dan menyegarkan tubuh.

Dr Zulkifli berkata, beliau pernah berdepan beberapa kes kronik berpunca daripada urutan batin pada zakar termasuk zakar membengkak, saluran kencing koyak dan buah zakar lebam.

“Saya tidak menolak amalan tradisional jika ada lelaki mahu mencuba teknik urutan batin tetapi jangan lakukannya pada zakar... Apa yang perlu dilakukan ialah kita periksa paras hormon testosterone dan tekanan jika mendapati sukar mencapai tahap ghairah melakukan hubungan kelamin.

“Semua ini perlu dilakukan kerana ini yang menjadi punca kepada rendahnya tahap libido seseorang lelaki,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, lelaki bebas memilih teknik urutan pada bahagian tubuh yang ada kaitan langsung dengan kemaluan tetapi jangan sesekali membenarkan zakat diurut bagi mengelak komplikasi.

“Jika hendak dikatakan urut boleh melancarkan saraf, saya tidak pasti. Sudah tentu proses urut menggunakan minyak panas boleh menimbulkan keadaan yang dikenali sebagai vesuliditasi iaitu keadaan di mana saluran darah terbuka.

“Jadi, keadaan ini nampaknya bertepatan dengan konsep pelancaran saluran darah,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, dari aspek saintifik, amalan mengurut belum lagi dibuktikan terutama kaitannya dalam menguatkan saraf.

“Jika kita menghidap kencing manis dan darah tinggi yang memang mendapat (kesan) ED, penyakit kronik seperti tidak dapat dibantu melalui proses urut. Jika kita menghadapi masalah saluran darah kecil dan tersumbat, saya tidak tahu bagaimana saluran darah ini boleh dibesarkan melalui urut batin.

“Dari segi amalan perubatan moden, kita gunakan ubat PDE Inhibitor yang akan membuka saluran darah dan lelaki akan mendapat ereksi seperti biasa,” katanya yang menasihati lelaki supaya berhati-hati agar tidak terpengaruh melakukan urutan batin terutama pada zakar.

Kenali hormon testosterone dan kongsi tip meningkatkan paras hormon testosterone anda

# Sindrom kekurangan hormon testosterone juga dikenali sebagai andropause atau Padam (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).

# Lelaki tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

# Akibat daripada penurunan hormon ini, akan berlaku perubahan dalam badan membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

# Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel-sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan; perasaan cepat marah; mood tidak menentu; tidak dapat menumpukan perhatian; gangguan tidur; emosi; sering keletihan dan rasa tidak bertenaga; tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

# Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan saja merasakan kemerosotan kualiti hidup berpunca masalah seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan. Malah mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

# Untuk meningkatkan paras hormon testosterone, kaedah menggunakan pil paling mudah. Salah satu jenis pil boleh didapati di Malaysia dikenali sebagai testosterone undecanoate (Andriol). Pil ini perlu diambil satu atau dua kali sehari selepas makan.

# Kaedah suntikan juga dianggap mudah dan menyenangkan pesakit. Ini adalah kerana satu suntikan hanya perlu diberikan setiap tiga bulan untuk mengekalkan paras testosterone dalam badan. Ubat suntikan terbaru di pasaran ini dikenali sebagai testosterone undecanoate (Nebido).

# Kaedah penggantian hormon testosterone dalam bentuk gel yang disapu pada kulit dan juga dalam bentuk patch yang boleh ditampal pada kulit badan atau kulit kerandut buah zakar.

# Bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini boleh menimbulkan iritasi pada kulit, ruam dan tidak begitu sesuai untuk negara beriklim tropika seperti Malaysia.

# Semua ubatan ini tidak boleh dibeli secara terus di farmasi. Ini kerana produk ini adalah ubat terkawal. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan beberapa ujian perlu dibuat sebelum rawatan diberi.

# Temui pakar urologi, endokrinologi atau doktor swasta untuk berbincang mengenai rawatan meningkatkan paras hormon testosterone. Paras hormone testosterone perlu diukur untuk memastikan tahapnya.

# Ujian paras testosterone ini perlu dibuat antara jam 8 pagi hingga 11 pagi disebabkan sirkulasi hormon testorone dalam badan paling tinggi pada waktu ini.

# Selain itu, ujian darah termasuk ujian kandungan lemak, ujian fungsi hati, ujian tahap sel darah merah dan ujian darah Prostate Specific antigen perlu dibuat. Kelenjar prostate juga perlu diperiksa.

# Bagaimanapun, rawatan gantian hormon testosterone mempunyai kesan sampingan. Antaranya akan berlaku peningkatan sel darah merah dalam badan.
# Jika hormon testorone dalam badan adalah normal dan hormon testosterone gantian diberikan juga, pengecilan buah zakar akan berlaku. Ini boleh membawa kepada kemandulan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved