Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 asna_ker • 4 years ago • 9,904 viewed


Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku member perhatian, kemahiran mendengar, kemahian memandu klien, penjelasan, member nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi, kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang.
1.Tingkah Laku Memberi Perhatian
Memberi perhatian merupakan alat yang kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat bagi klien. Ia juga berfungsi sebagai alat pebeguhan serta kemudahan komunikasi. Mempraktikan kemahiran ini akan membantu kaunselor membentuk perhubungan yang baik dengan klien dan secara umum akan membawa faedah dalam apa jenis perhubungan yang melibatkan kaunselor.
Tingkah laku ini termasuk:

a)Kedudukan klien. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan klien kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh kaunselor.

b)Bertenang. Kedua-dua kaunselor dank lien hendaklah duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya.

c)Kedudukan tubuh (posture) kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kea rah klien. Amalan seperti ini adalah penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu minat mendengar apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang.

d)Ekspresi muka. Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin mengganggunya.

e)Tentangan mata. Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakanoleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien.

f)Soalan terbuka. Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang un tuk klien bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda.

g)Dorongan minimum untuk bercakap. Dorongan minimum termasuk gerak isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata klien. Contoh: ‘Mmm’, ‘A-ha’, ‘Ya’, ‘Jadi?’ Dorongan minimum itu adalah penting untuk menggalakkan klien bercakap.
2.Kemahiran Mendengar

Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah ‘mendengar dengan aktif’. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisankepada klien, iaitu, ‘Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Kata-kata anda menarik minat saya. Kebajikan anda adlah penting bagi saya.’ Dengan kata lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.



Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata ‘Saya faham akan perasaan anda’ tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien ang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disamaikan kepadanaya.



Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya.



3.Kemahiran Memandu Klien



Sebahagian besar klien mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluan-keperluan mereka, struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-keperluannya.



Kaunselor : Anda menyatakan yang pensyarah itu menengking anda di hadapan kelas?

Klien : Ya.

Kaunselor : Adakah anda terasa terhina?

Klien : Ya.

Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa kecil dan kurang penting?

Klien : Ya, itulah kesannya.

Kaunselor : Anda juga rasa yang anda telah gagal dalam sesuatu?

Klien : Ya.

Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana perasaan anda pada masa itu?

Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah sayalah yang paling bodoh, paling malas. Pensyarah itu suka menengking pelajar-pelajar. Saya benci pensyarah seperti itu. Saya tak suka memainkan peranan dalam drama itu. Pensyarah itu memang sedar tetapi mengapa dia masih mahu saya menyertai drama tersebut?

Kaunselor : Anda lebih suka menjadi penonton saja. Adakah anda berasa segan?

Klien : Ya, itulah masalah saya, saya rasa saya amat segan. Saya fikir….



4.Penjelasan



Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang kaunselor.



Contoh:

Bagaimanakah perasaan anda selepas peristiwa itu?

Bagaimanakah pula dengan pendapat anda?

Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.

5.Memberi Nasihat



Nasihat merupakan cadangan dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi adalah berperanan sebagai pembimbing.



6.Refleksi Idea



Refleksi idea merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri.

Contoh:

Klien : Saya tidak mencuri

Kaunselor : Saudara tidak mencuri



7.Refleksi Perasaan



Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.

Contoh:

Klien : Saya benci sikap ibu bapa saya. Walaupun umur saya sudah 17 tahun, mereka suka menyekat pergerakan saya.

Kaunselor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara tersekat?



8.Penjelasan Idea atau Interpretasi



Dalam situasi ini, seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien.



Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor:

i.Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien.

ii.Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi.

iii.Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.

Contoh:

Klien : Saya tidak dapat buat kerja rumah jika ayah saya berada dirumah. Saya berasa tertekan. Dia akan hilang akal walaupn satu kesilapan kecil berlaku.

Kaunselor : Daripada apa yang saudara katakana tentang ayah saudara, saudara amat takut padanya. Adakah itu benar?

9.Konfrotasi



Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.

Contoh:

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor :Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak

meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerap

bertanya



Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan kerana ia boleh menakutkan seseorang klien.



10.Ketika Ini (Immediacy)



Ketika ini adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini di antara kaunselor dank lien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu digunakan dengan berwaspada.

Contoh:

Tindakbalas kaunselor: Nampaknya saudara tidak gemar akan tempat ini.



11.Pendedahan Kendiri



Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan.

Contoh:

Klien : Inilah kali kedua saya mengambil peperiksaan SPM. Bodohlah saya ni.

Kaunselor: Itu bukan perkara yang aneh.Saya pun mencuba 2 kali STPM sebelum lulus.

Tindak balas kaunselor itu akan menyebabkan klien berasa lega dan selesa. Ia berasa sedemikian kerana pendedahan diri kaunselor; dia berasa bukan dia sahaja yang mengulangi peperiksaan.



12.Pemparafrasaan



Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya.

Contoh:

Klien : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar kelas. Saya benci cikgu saya. Saya bukan sengaja untuk terlewat keluar tetapi saya terpaksa mengemas rumah dahulu sebelum saya pergi ke sekolah.

Kaunselor : Nampaknya saudari marah kerana saudari dihalau dari kelas walaupun ada alas an yang logik dan munasabah.



13.Kesenyapan



Penghentian sementara mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu.



Bagi memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindakbalas berikut:

i.Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi?

ii.Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya apa yang difikirkan tadi.

iii.Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Boleh saudari ceritakan?



14.Penjelasan Masalah



Di peringkat awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan perhubungan baik dan penuh kpercayaan serta mengadakan komunikasi secara terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien dikenal pasti. Untuk mencapai objektif ini beberapa langkah perlu diambil.

i.Tujuan awal ialah mengenal masalah itu, iaitu mengubah masalah umum kepada masalah spesefik. Contoh: Apakah maksud saudara apanila saudara mengatakan ____________?.

ii.Memberikan peluang keoada klien untuk mengemukan alternative-alternatif. Contoh: Bagaimanakah anda akan cuba mengatasi maslah tersebut?

iii.Klien digalakkan untuk meneroka alternatif-alternatif serta implikasi-implikasinya dan kemudian memilih yang manakah yang paling sesuai. Contoh: Pada pendapat saudara cara yang manakah yang lebih sesuai dan mengapa saudara memilih cara tersebut?

iv.Akhirnya, klien perlu mengenal pasti perubahan atau kemahiran baru yang diperlukan untuk mencapai alternative yang dipilih itu. Contoh: Mari kita cuba mula dengan ____________.



15.Rumusan



Rumusan adalah proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas.

Di samping itu, maklumat balik hendaklah didapati daripada klien tentang rumusan yang dibuat. Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan .Anda merasa sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang, Sebaliknya, saudari mengatakan adalah sukar bagi saudari untuk bergaul dengan orang-orang lain. Jadi walaupun saudari ingin bergaul namun itu teta menjadi sukar buat saudari.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved