Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 13,334 viewed


Pembelajaran adalah satu proses kognitif, afektif dan psikomoto yang kompleks.Ianya menghasilkan perubahan yang agak keaadan stabil didalam tingkah laku seseorang atau sesuatu organisma itu, atau dalam kebolehan seseorang.Perubahan ini hendaklah dihasilkan melalui pengalaman, latihan atau interaksi antara individu dengan persekitarannya mengikut teori pembelajaran Sim yang amat menitik beratkan persekitaran pembelajaran.

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini dapat membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang sihat.

Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka ialah melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan mereka suka bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka mendapatkan jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan kaedah bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan suara ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka.

Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut.

Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada mereka.

Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kank untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-murid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemagiran mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut. Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita tersebut.

Intihanya, guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni dalam cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek intonasi suara, memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved