Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 bigboss • 5 years ago • 1,187 viewed


Album khafiat Yasin


ANTARA surah panjang yang selalu dibaca masyarakat Islam ialah Yasin, malah ia dijadikan amalan setiap minggu, sama ada secara sendirian atau beramai-ramai di masjid.

Ia menunjukkan surah terbabit dekat di hati masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia boleh menghiburkan hati dan menghilangkan dukacita bagi yang ditimpa kesusahan.


Mendidik dan membiasakan diri untuk membaca surah terbabit amat baik, namun ayat suci lain jangan diketepikan supaya manfaat 114 surah al-Quran diperoleh.

Berkenaan surah Yasin, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hati al-Quran ialah Yasin. Seseorang yang membaca surah Yasin kerana menghendaki keredaan Allah dan hari akhirat pasti Allah mengampunkan dosanya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasa'i)

Justeru itu, Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Islamic Media Edutainment cuba membimbing masyarakat kaedah membaca surah terbabit melalui album berjudul Kaifiat Yasin.

Bacaan Yasin dalam album ini secara murattal diperdengarkan oleh Abdul Rahim dari kumpulan Inteam dengan lagu jiharkah, melalui kaedah ulama yang dipetik dari kitab Abwabul Farj tulisan al-Muhaddith Dr Sayyid Muhammad Ibn Alawi al-Maliki al-Hasani.

Penulis kitab terbabit dikatakan keturunan dari Rasulullah melalui cucu baginda, Saidina Hassan, yang wafat di Makkah pada 15 Ramadan 1425/29 Oktober 2004.

Album ini dimulai dengan surah al-Fatihah sebagai surah pembuka. Seterusnya bacaan Yasin, yang terbahagi kepada beberapa segmen, bermula dengan bacaan ayat 1-9, diikuti ayat 10-27, ayat 28-38, ayat 39-58, ayat 59-71, ayat 72-78, ayat 79-81 dan ayat 81-83.

Pada setiap segmen itu disusuli dengan bacaan selawat dan doa yang dipetik dari kitab terbabit.

Selepas selesai bacaan surah Yasin, diteruskan lagi dengan bait doa Yasin susunan Sayyid Ahmad ibn Idris r.a, iaitu seorang sarjana Maghribi yang lahir pada 1760, yang mengasaskan doa terbabit dan diakhiri dengan terjemahan doa.

Antara doanya: “Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad serta limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan ke atas mereka... .”

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved