Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 6,982 viewed


Anda biasa pergi ke kedai TOM YAM? Pastinya anda pernah melihat atau pun memesan MENU seperti di atas... Jangan susah-susah melihat bajet anda untuk menikmat masakan ini. Cukup ringkas tetapi bebaloi untuk di cuba..Resepinya adalah.

Seekor ikan siakap ( saiz sederhana)
Bawang Merah 3-4 biji
Bawang Putih - 3-4 biji
Halia Muda - 2-3 inci
Limau Nipis - 2 biji

Chili Merah - 2 biji
Cabai Melaka - ikut rasa

Bunga Kubis
Lobak Merah
Capsicum(Bell Pepper)
Cendawan Segar

Garam ikut rasa
Gula ikut rasa

1. Ikan di cuci dan di toskan .Letakkan dalam satu bekas yang tahan panas. Ambil sedikit garam dan gula kemudian digaulkan dengan ikan. biar seketika.

2. Bawang merah , bawang putih dan halia muda dimayang halus kemudian di taburkan di atas ikan tadi.

3. Potong limau nipis tadi dan perahkan di atas ikan sambil mengaulkan bahan-bahan hirisan. Kalau anda suka masam, anda boleh menambah lagi air perahan limai tadi.

4. Chili merah dan cabai melaka boleh ditambahkan keatas ikan tadi mengikut tahap kepedasan yang anda mampu

5. Bunga kobis, lobak merah , cendawan dan capsicum bolehlah dipotong kecil dan diletakkan di sekeliling ikan tadi.

6. Taburkan garam gula secukup rasa.

7. Sekarang ikan anda sudah siap untuk di kukus. Bagi yang ada periuk pengukus, itu tidak menjadi masalah. tetapi bagi yang tiada pengukus boleh mencuba teknik ini.

- carikan satu periuk yang lebih besar dari bekas ikan kita tadi
- dapatkan 4-5 biji ubi kentang(basuh dan masukkan kedalam periuk tadi.
- tuang sedikit air agar menutupi ubi tadi
- letakkan bekas ikan anda ke dalam periuk tadi
-tutup periuk

8. Kukus ikan anda selama 25 mini

Selamat menjamu selera

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved