Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 1,144 viewed


Alhamdulillah, masih dikurnia nikmat kehidupan dalam kesihatan dan ketenangan. Akhir-akhir ini saya macam rajin nak menulis ke RJ semula, tapi tetiba tersedar skill dah takde. So, kali ni, awal-awal nak minta ampun, minta maaf kalau apa yg bakal saya tulis kali ni takde isi, kosong dan hambar aje. Sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan rakan2 netters setelah sekian lama menghilang diri..

Mungkin apa yg saya nak cerita ni dah ramai orang tahu. Takpelah, kalau tahu pun kekadang kita terlupa kan? So, ni kira flash back, follow-up atau apa saja yg seumpama dengan tazkirah (peringatan)

Apa yang saya nak cakap kat sini boleh review kat www. hado. com atau www. hado. net - cerita mengenai molekul-molekul air yg terbentuk dengan pelbagai rupa apabila diucapkan kata-kata yang berlainan kepadanya. Sebelum ni, saya pernah terima email menceritakan tentang molekul air zamzam adalah molekul air yg paling cantik. Ada juga yg menyatakan air yang dibaca ayat-ayat Allah kepadanya, maka air terrsebut menjadi air yg 'sihat'. Website "hado" adalah website seorang saintis jepun yg mengkaji tentang hablur air. Memandangkan dia bukan orang Islam, maka takdelah dia buat kajian dengan membaca ayat Quran pada air-air yang dia kaji tu.

Anyway, sejak zaman berzaman, kita sebagai orang Islam selalu percaya bahawa air zamzam adalah air yang paling baik (sedap lak tu ), kalu ade orang baru balik Mekah tak bawa air zamzam kira kureng best la kan. Saya tak penah gi Mekah lagi, tapi rasenya kalau pi wajiblah saya bawa balik sebanyak mungkin. Ada ke orang yang tak suka air zamzam?

Kenapa air zamzam sedap ek.. Satu yang kita selalu yakin ialah ia merupakan sumber yg dianugerahkan oleh Allah SWT khas untuk ummat Muhammad SAW yang terpilih aje. Bukan sume orang dapat gi Mekah. Saya pernah baca cerita pendakyah Kristian cuba masuk ke tanah haram ini tapi akhirnya berpatah balik, sebab bila flight diorang landing kat lapangan terbang je diorang nampak yang bukan-bukan.. wallahu'alam cerita tu betul atau tak. Yang saya pasti ialah Allah akan memelihara "Haramain" - Mekah & Madinah, 2 bumi anbiya'.

Lagi satu yang kita selalu dengar, bila orang pi Mekah dengan niat tak betul, sumber kewangan yg syubhah/haram atau apa-apa perangai tak eloknya kat sana akan terus dibalas atau diuji - kira balas 'tunai'. Maksudnya, nak pi Mekah kena hati baik, niat baik, segala-galanya baik.

Apa kaitan cerita berperangai baik utk ke Mekah dengan air zamzam, dan apa lak kaitan dengan Hado tadi?

Saya nak kata kat sini, orang pi Mekah untuk buat ibadah, dengan segala keikhlasan, dengan segala kebaikan, bagaikan ingin menyuci diri dengan bertaubat dan amal soleh yg lain. Bila keadaan suci hati tu berada di sana, buat ibadah dalam masjidil haram, di situlah letaknya telaga zamzam. Dengan kata lain, air zamzam adalah air yang paaaaling kerap dapat "mendengar" bacaan ayat Quran, air yang paaaaaling selalu "didoakan" dll. Sebab itulah air zamzam jadi air paling baik untuk mengubat sebarang penyakit.

Saintis kat dalam website Hado tu buat kajian terhadap air-air yang disebut/dibaca/diperdengarkan perkataan yg berbeza. Dia kategorikan air-air sebagai air yg 'sihat' dan air yang 'sakit'. [Erm, kalau saya silap betulkan ek. Saya baca sekali harung je]

Air-air yang sihat adalah air yang disebut perkataan baik-baik. Jepun kata TQ tu 'arigato' kan. Itu adalah perkataan yang baik, so hablur air yang terhasil diambil gambarnya - hasilnya adalah kristal air yg cantik. Mcm mana diorang ambik gambar kristal/hablur air tu tu, prosesnya ada diterangkan kat dlm website tersebut.

Saintis tu bagitau lagi, air yang mengandungi hablur yg cantik & tersusun diperoleh dari perkataan yg baik, air-air ini adalah air yg 'sihat' - baik utk kesihatan. Gitu juge yg sebaliknya. Dia tunjuk gambar air yg teruk, kotor - disebutkan perkataan setan dan yg seumpama dengannya.

Apa kesimpulan saya ek.. hmm, kita selalu bersembang bila makan. Sedar tak sedar, makanan tu 'dengar' apa yg kita cakap. Maka, kalau betullah kata saintis jepun tu, bermakna unsur-unsur makanan tersebut akan 'absorb' perkataan2 kita.. iye ke tidak, wallahu'alam. Apa pun, orang tua-tua selalu pesan, jangan kutuk makanan, jangan cakap benda-benda tak elok, jangan bergaduh depan rezeki, bla.. bla.. bla..

OK. Logik saya macam ni. Dalam rumah kita sentiasa ada makanan. Melainkan orang yg fakir sangat, atau orang yg malas sangat (hehe, kerjanya asyik makan kat kedai aje) sekurang-kurangnya ada kut sebotol air mineral dalam sebuah rumah. Gamaknya air tu absorb tak perkataan2 kita sepanjang hari? Saya boleh kata cam ginilah.. sepatutnya setiap hari kita kena kawal cakap2 kita. Kawal kata2 kita, kalaupun air/makanan tak absorb (iyelah, saya nak kata saintis tu 100% betul pun takleh gak) tapi akhlak kita memang kena jaga, kan. Tak caye tanya ustaz kecil kak Solehah.. heheh

Saya ada pengalaman yg nak cerita sikit. Mengenai adik-adik saya la nih. [To those yg dah pernah baca mengenai adik2 huffaz saya, sori kalau tak larat nak dengar lagi..] Adik-adik saya ada 2 lelaki & 2 perempuan yg dah habis hafazan 30 juzuk Quran. 3 daripada mereka dah lengkapkan 'syahadah'. Syahadah huffaz adalah satu proses tasmi' - memperdengarkan bacaan 30 juzuk secara hafazan di depan sekumpulan ustaz/ah yang dilantik dalam tempoh maksima 3 hari 3 malam untuk "make sure" seseorang layak digelar al-hafiz/ah.

Rasanya saya dah pernah cerita mengenai kisah kawan2 adik saya yang ada antara mereka tak dapat jalani syahadah : tiba2 sakit, tiba2 lupa, tiba2 muntah darah dll. Semua itu ujian untuk mereka. Alhamdulillah, 3 drp 4 adik saya dah settle syahadah.

Nak citernya, bila ada seseorang nak mulakan proses tasmi' tersebut, kawan2 lain mesti dah standby dengan air mineral/air kosong. Salah seorang adik saya cerita, masa dia nak mulakan tasmi' pada hari pertama, lebih 100 botol diletak depan dia, walhal budak sekolah tu around 40 orang je. Maksudnya, botol-botol tu bukan aje dari kawan2, tapi orang luar pun 'tumpang sekaki'. Kenapa? Cause they believe ayat-ayat Quran 30 juzuk akan absorb masuk ke dalam air yg diorang letak depan para huffaz yg nak syahadah ni. Saya tak kumpul ler testimonial diorang yg gunakan air2 tu selepas selesainya syahadah adik saya, tapi kita yakin air tu bukan utk dibuat siram pokok bunga.. hehehe.

Kita biasa dengar orang baca Yasin, baca ayat kursi dll.. bayangkanle kalau 30 juzuk dibaca - segala ayat masuk absorb dlm air tu ekk. Masa adik2 saya duk citer kat saya dulu, saya tak tau lagi citer saintis jepun nih. Skrg bila dah tau, baru saya fikir2 balik... itulah yang Allah nak tunjuk dengan adenya ujian oleh saintis jepun tu - dia bukan orang Islam, tapi kebenarannya ada di sana. So, orang yg pernah kata "buat apa jampi2 air, bukannya boleh buat ubat," nampaknya dia tak tau lagi mengenai penemuan ini.

Sebab tu kan, lepas ni bila nak makan/minum je kena ingat-ingat ni .. sekurang2nya baca bismillah, kalu lebih baik tambah doa makan, ada yg lebih baik, selawat atas nabi, kalau nak selalu sihat, bacalah bismillahillazi (hingga akhir ayat..). Saya pernah dengar kisah orang letak santau dalam makanan, pastu pinggan yg isi makanan tu pecah bila seorang yg nak makan makanan tu membaca ayat kursi sebelum makan. Saya tak sure kisah ni saya dengar kat mana sebab dah lama.. tapi kisah benar ni.

OKlah. Cukuplah kut, dah panjang berjela. Lengkali saya merapu lagi. Insya Allah sekarang ni saya dalam proses utk launch CD baru yang mana saya jangkakan akan menerima order yg lebih baik dari sebelumnya. Lepas ni semua orang boleh pasang CD Quran kat rumah supaya makanan dlm rumah absorb ayat2 yg baik ... hehehe.

Kita merancang, Allah Ta'ala juga merancang.. mudah-mudahan Allah permudahkan kerja kita.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved