Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 1,762 viewed


Pada asasnya rupa bentuk Jin� tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya� fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh� mereka� itu ada yang pendek, ada yang� terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi� Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan�� mereka� lebih luas dan umurnya� tersangat panjang� dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin� bergerak� adalah� melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti� Malaikat,� maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia� daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat� di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan� pasir-pasir dan� semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala� jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin� ialah di lautan, daratan,�� di udara dan� di� Alam Mithal� iaitu suatu alam� di antara alam manusia dan alam malaikat.� Jika di berikan oleh Allah� kepada kita melihat Jin,� sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas� tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh� di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab� itulah� orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh�� Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila� kamu menghadapi malam �atau kamu telah berada� di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu� ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta� sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu� serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan� akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka� berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Melihat Jin.

Pada prinsipnya Jin tidak� boleh di lihat, di sentuh dan di dengar� oleh manusia� dalam bentuk yang asal� sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk� yang� diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui� kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia� semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula� semua manusia mukmin yang ahli syurga� boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja� yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan� Jin yang telah diberikan oleh Allah� ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar,� Iblis telah menampakkan dirinya� dalam bentuk seorang lelaki� dari Bani Mudlij�� dan Syaitan pula dalam rupa� Suraqah bin Malik�� yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. (Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam� Sahih Bukhari� juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin� yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular� dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk� haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing� dan sebagainya.

Kumpulan-kumpulan Jin.

Jin juga seperti manusia� yang inginkan keturunan� dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin� terlalu banyak dan bercakap� dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan� Jin kepada� beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan� yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan �yang menunggu� hutan rimba, kumpulan yang menunggu� bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau� dan sebagainya.

Jenis-jenis Jin

Sama seperti manusia Jin juga� terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua� jenis Jin, Iblis dan� Syaitan..�
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan�
3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )�
4. Al-Afrit Penipu-penipu�
5. Al-A'waan Pelayan-pelayan�
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang�
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam�
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )�
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan�
10. Al-Ummaar Pemakmur.

Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu.

Jin menurut orang-orang Melayu� mempunyai beberapa� nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk� penjelmaan mereka.� Kebanyakan� nama Jin-Jin� itu� dimulai dengan� hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu,� menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara� Jin-Jin yang popular di kalangan� orang-orang Melayu ialah :-


a. Hantu Raya j. Hantu Pontianak s. Hantu Polong
b. Hantu Toyol k. Hantu Langsuir t. Hantu Penanggal
c. Hantu Pelesit l. Hantu Air u. Hantu Bukit
d. Hantu Kubur m. Hantu Pari v. Hantu Punjut
e. Hantu Jerangkung n. Hantu Laut w. HantuBawah Tangga
f. Hantu Galah o. Jin Tanah x. Hantu Kum-Kum
g. Hantu Bungkus p. Hantu Pocong y. Hantu mati di bunuh
h. Hantu Bidai q. Hantu pari-pari z. Hantu Kopek ( Tetek )
i. Harimau Jadian r. Jembalang Tanah zz.Hantu Tengelong

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved