| | |  | |
 | Jasa ibu bapa kepada kita:
1.Orang yang bertanggung jawab di atas kelahiran anak-anak.
2.Menjaga dan mendidik kita dari kecil sehinggalah dewasa.
3.Bermacam-macam dugaan ketika mengandung dan melahirkan kita.
4.Berbagai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa kepada kita dan semestinya setiap anak mentaati dan menghormati mereka.
Berbuat baik kepada ibu bapa
1.umat Islam diperingatkan berbuat baik kepada orang tuanya kerana mereka sangat berjasa kepada anaknya.Firman Allah: Ertinya "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkan dengan kelemahan(dari awal mengandung hingga lahir menyusunya)dan tempoh menceraikan susunya selama 2 tahun.(Dengan demikian)bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapa mu.Kepada Aku jualah tempat kembali.(untuk menerima balasan). (surah Lukman ayat 14)
2.Allah melarang umat Islam menderhaka kepada kedua ibu bapa.Firman Allah: Ertinya "Maka janganlah kamu kata pada mereka (Sebarang perkataan kasar)sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah kamu menyinggung perasaan mereka dan katalah kepada mereka perkataan mulia(bersopan-santun)". (surah Al-Israq Ayat 32)
3. Kita hendaklah memuliakan kedua orang tua,berakhlak baik dan beradab ketika berhadapan dengan mereka.
Cara beradab dengan ibu bapa
a) Taat kepada perintah dan apabila diminta pertolongan segera menolong.
b) Bercakap dengan ibu bapa dengan suara yang lemah lembut,suara yang rendah dan bahasa yang halus.
c) Berterimakasih kapada mereka kerana membesarkan kita.
d) Tidak meminta sesuatu daripada mereka dengan cara paksa lebih-lebih lagi mereka tidak mampu memberinya.
e) Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amaljariah,ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya.Firman Allah: \ Ertinya''Dan hendaklah engkau merendahkan diri pada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangnya dan doakanlah(untuk mereka dengan berkata):wahai Tuhanku!cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya,memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(Surah Al-israq,ayat 24)
Kepentingan menghormati ibu bapa:
1) Anak yang meghormati ibu bapa akan hidup dalam suasana aman dan tenteram serta mendapat berkat.
2) Anak yang patuh kepada ibu bapa,mendapat keredhaan dari Allah.Sabda Rasullah(s.a.w.): ertinya:''Keredhaan tuhan itu terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.
3) Syurga berada di bawah telapak kaki ibu.
(Riwayat Al-Termidzi)
Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.
Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamnya. Orang yang malas mencari helah, orang yang rajin mencari jalan. Untuk memperingatkan sesama kita.Yang baik itu datang dari Allah..Yang buruk datang dari kita sendiri..Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan,kesilapan..dan Dosa.Dari itu,sama-samalah kita memperbetulkannya sebelum terlewat waktu.  | |
| |  Printer-Friendly Version  Send To Friend  Add To Favorites  IM Article | |
|
| Virtual Friends® - Copyright © 2001-2010 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved. Powered by: Faceless | |
|
|
|