Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 4,401 viewed


Suria telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Teman sekhursus Suria ketika dia menjadi wakil syarikatnya berkhursus di Langkawi. Hye Suria..suria time tengah sibuk berkhursus pun sempat lagi main cinta erk.. ah itu yang menjadi buah jenaka kami apabila tembelang suria pecah dek mulut Maslis yang tak reti nak cover line. Tak sampai 3 bulan bercinta, terus Farid masuk meminang. Tunang pulak tu ikutkan perancangan ikat selama setahun tapi entah kenapa tak sabar pulak si Farid nie dia mintak singkat tempoh pertunangan ke 3 bulan sahaja. Syukurlah Suria bukan jenis yang kelam kabut..begitu juga farid, tahu-tahu dah ada je semua hantaran untuk pihak lelaki dan kad kahwin pun dah ditempah siap.

Hubungan aku dengan Azhan. Sekarang Azhan sudah mula boleh bergaul dengan kawan-kawan aku. Lapang hati aku bila dia sudi menemani aku ke kenduri di rumah Suria dan jugak majlis terima menantu dibelah pihak pengantin lelaki.

Hubungan Azhan dengan adik beradik aku pun dah semakin mesra. Paling akrab dengan abang, sikit-sikit ada akitiviti dengan abang, abang nak ajak pergi sana lah.. abang ada buat itu lah..abang inilah..dah jadi macam abang dia pulak. Macam aku nie pulak adik ipar abang kandung aku. Pertama kali menghidu keakraban Azhan dan abang aku memang aku hairan dan lebih memeranjatkan mak memaklumkan kepada aku mereka akrab sejak di awal perkahwinan aku dan Azhan. Memang aku tak nafikan keperibadian luaran Azhan sendiri menjadi dirinya mudah diterima oleh semua orang termasuklah keluarga aku. Mak pula lebih dulu tahu makanan kegemaran Azhan berbanding aku. Memang aku tak ambil tahu. Cuma yang aku tahu Azhan gemar lauk paprik yang aku masak.

Aku membetulkan kepala Umairah yang terlentok dibahu aku. Puas berceloteh, anak kecil ini akhirnya tidur juga. Beberapa jam yang lepas, kami menghantar Zamri dan Kasidah di KLIA. Mereka perlu kembali ke New York menguruskan beberapa urusan disana sebelum meninggalkan sepenuhnya bumi New York. Umairah ditinggalkan bersama kami, Aku sendiri menawarkan diri untuk menjaga umairah selepas Zamri mengadu Umairah tidak serasi dengan saudara mereka disini. Tergelak mendengar cerita Umairah yang mengadu anak-anak mak long yang ganas dan suka berebut mainan. Ah sekecil ini, cukup lama dimanjakan entah bagaimanakah tingkahnya bila bergelar kakak kelak. Aku senyum melihat Umairah diribaan aku. Rambutnya yang panjang aku usap perlahan.

Azhan pula tertumpu pada pemanduannya sejak Umairah mula terlelap, kalau tidak dari naik kereta tadi mereka berdua bercerita itu dan ini. Azhan berhenti di Stesen Minyak Petronas.
" Abang nak ke beli air kejap.. Sayang nak beli apa-apa.."

Aku gelengkan kepala, tekak nie tak dahaga. Aku perhatikan Azhan berlalu masuk ke dalam kedai. Sejak Azhan meluahkan hasrat untuk menawan aku, dia benar-benar berubah. Setiap pagi, sebolehnya dia mahu aku kejutkan dirinya. Boleh dikatakan, tiap-tiap malam kami akan solat berjemaah. Tugasan aku dirumah juga bertambah, tiap-tiap hari aku akan memasak makan malam untuk kami, itulah tugasan terbaru aku selepas pulang pejabat. Aku tahu, Azhan tidak pernah meminta aku masakkan makanan malam kami, katanya tentu penat dari pejabat akan bertambah-tambah.. tapi aku tak rasa pun penat. Makin seronok dengan tugas baru aku adalah. Kekadang Azhan tolong aku memasak didapur. Azhan tak cerewet, apa yang aku masak itulah yang dia makan, tak komen puji adalah. Ah pandai betul dia menambat hati aku.

Menambat hati? ..tertambatkah hati aku?.. ya memang Azhan berubah dari seorang yang tidak pedulikan kewujudan aku kini dia benar-benar mementingkan aku. Tapi persoalannya sampai bilakah dan bertahankah Azhan dengan janjinya untuk membahagiakan aku..?

Tapi kenapa aku nie.. kenapa aku susah nak percaya pada dia..kenapa mesti bersoal jawap lagi, tidak cukupkah apa yang dilakukan Azhan kepada aku selama ini.. kenapa menidakkan perasaan yang sedang berbunga dalam hati aku nie..? " Huh.." keluhan berat terbit dihujung bibir aku.

Aku sendiri keliru dengan perasaan aku, memang benar aku seronok menjalankan separuh tanggungjawap aku sebagai isteri, memasak untuk dia, mengosok pakaiannya dan menyediakan sarapan untuk dia dan aku harap tugas ini menjadi milik aku selamanya tapi aku tetap takut, aku tetap risau bila mengenangkan kemungkinan Azhan berubah kembali kepada kekasihnya Reen. Walaupun dah berkali Azhan meyakinkan aku reen dan dia tiada hubungan lagi dan Reen telah berkahwin dengan kawan Azhan sendiri. Tapi itu belum cukup meyakinkan aku yang Azhan mencintai aku bukannya menjadikan aku sebagai galang ganti. Entahlah.. aku perlukan masa lagi untuk menerima dia.

Aku ingat lagi pertemuan aku dengan Linda petang kelmarin. Sememangnya aku tidak mampu menanggung rasa seorang diri, menanggung perasaan yang memang benar membunga dan sakit sekali.

" itu namanya Jatuh Cinta.." kata Linda sememangnya semakin menyakitkan ulu hati aku.
" kau benar sayangkan dia.."
Aku geleng kepala.. " aku tak tahu.."
" kau ambil berat tentang dia?."
Aku diam.. kemudian mengganggukkan kepala mengiakannya. Sememangnya aku bimbangkan keselamatannya. Peristiwa hari aku menumpang payung Mokhtar yang mencetuskan cemburu Azhan membuatkan aku bimbang .. bimbang dengan tindakkan Azhan yang melulu mengikut perasaan.

" Abang suami sayang ..cemburu abang bersebab. Cemburu abang beralasan..sewajarnya abang patut cemburu bila melihat isteri sendiri bermesra dengan orang lain..sedangkan bila sayang bermesra dengan umi pun abang cemburu.. kenapa abang tak dapat layanan yang sama macam orang lain.. abang teringin jugak melihat saya tenang disisi abang .. seperti mana sayang tenang disisi lelaki tu..sayang tak patut takut dekat abang .. dalam ramai-ramai manusia dalam dunia, abang yang berhak mutlak keatas sayang."

" kau takut jatuh cinta bukan.." kata-kata linda petang tu memberi impak dalam diri aku.

Ya benar.. sememangnya aku takut jatuh cinta. Jatuh cinta pada suami aku sendiri.

Umairah mengeliat kecil, sekaligus menyedarkan aku dari lamunan.
" papa mana?. " Umairah bertanya sambil mengesat matanya.

" Tu papa..? " aku tundingkan jari aku kearah Azhan yang sedang menuju kearah kami.

" Bangun dah!!.." Azhan mencuit pipi Umairah sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. " lapar tak.?" Azhan mencucukkan straw pada air kotak milo. Lalu dihulurkan pada Umairah.

Umairah angguk kepala.. " Irah nak makan roti canai.."

Azhan senyum. Diciumnya pipi Umairah sebelum menghidupkan enjin kereta. " Nanti kita cari roti canai mamak..okeh.."

" okey.." Umairah bersuara riang.

Sepanjang perjalanan, kami berbual dan semakin menghangatkan suasana dengan mulut becok Umairah. Terbit rasa bahagia dalam hati aku terasa kami seakan satu keluarga. Ahak.. "hye lily..lily berangan dah kee..'

Kami terus pulang kerumah selepas makan roti canai di gerai mamak dekat hujung taman perumahan ini. Umairah makan sampai dua keping, berlumba-lumba dia habiskan roti canainya bersama Azhan. Aku pula sekadar minum teh tarik.

"time to sleep.. " Azhan mendukung Umairah menuju ke biliknya.
" Han.." aku menahan Azhan sebelum dia masuk kebilik. " Biarlah Umairah tidur dengan saya.." Aku kesiankan Azhan, dia perlukan rehat yang secukupnya esok pagi-pagi lagi kami perlu bertolak ke Cameron Highland menyertai family day keluarga Azhan yang diadakan sempena hari ulang tahun perkahwinan Umi dan Abah Azhan.

Azhan senyum. " Irah nak tidur dengan siapa?.. Mama ke papa..? "

Umairah memandang kami berdua tidak berkedip. " Irah nak tidur dengan mama.. " aku senyum lega.. " nak tidur dengan papa jugak." Umairah memautkan lengannya dileher Azhan. Aduh payah nie. Umairah kena pilih salah sorang antara kami.

" Sayang.. kena pilih.."

belum sempat aku habiskan ayat aku. Azhan memotong.. " okeh lah.. malam nie kita tidur bilik mama.." Azhan dengan slamber melangkah masuk kedalam bilik aku yang memang sedia terbuka. Meletakkan Umairah di atas katil sebelum berlalu kebiliknya untuk mandi dan menyalin pakaian.

Selepas mandi, aku berbaring disisi Umairah yang sedang leka membelek balang yang berisi gold dush. " Mama..look.. snow.." digoncangnya balang air itu dengan kuatnya kemudian diletakkan di perutnya.

Mata Umairah tidak ada tanda-tanda yang dia akan tidur dalam waktu terdekat ini. Azhan masuk kebilik aku ketika Umairah sedang membelek photo jari aku yang berinai. Gambar itu diambil oleh Linda yang memang minat mengambil gambar .

" papa pakai jugak ke.." Umairah mencapai tangan Azhan lalu dibeleknya.

" Papa pakai dulu..tapi dah habis dah.." Azhan menerangkan proses kuku yang semakin memanjang dan bagaimana inai dikuku boleh hilang.
" Tidur lah Sayang.." Azhan menepuk bahu Umairah.

" tapi irah tak ngantuk..papa ceritalah lagi" Umairah bergolek diantara kami.

" Irah kena tidur..esok pagi-pagi kita nak pergi jalan.." Aku cuba memancing Umairah supaya tidur. " Nanti esok kalau Irah tak bangun awal, kita semua kena tinggal.." sengaja aku berkata begitu. Umairah sedia maklum dengan trip kami ke Cameron Highland.

" ye ke papa..? "

Azhan menanggukkan kepalanya mengiakan kenyataan aku.

" Oh No.. I want to play with Johan and Jun.." Umairah bersuara cemas. Johan dan Jun anak abang azhan yang hampir sebaya dengan Umairah. Kembar abang Azri memang peramah dan tidak hairanlah kalau Umairah mudah mesra dan senang bergaul dengan mereka berdua.

" yaaa.. Johan and Jun maybe will disappointed if u cannot join them tomorrow.." Azhan sengaja mengusik.

Umairah buat muka sedih. Kemudian dia senyum memandang aku dan Azhan. "Okeh.. let play good night kiss.."

Aku pandang wajah Umairah, kurang faham apa yang dia maksudkan dengan permainan good night kiss. Aku sangkakan drama kami akan berakhir disitu, tapi aku bertambah kaget apabila Umairah menerangkan maksud pemainan good night kiss.

" Irah cium pipi mama, mama cium pipi Papa, papa cium pipi irah, irah cium papa, papa cium pipi mama dan mama cium pipi Irah.. " ceria sekali Umairah menghuraikan permainan good night kiss yang biasa dimainnya bersama Zamri dan kasidah.
Aku pandang wajah Azhan yang kelihatan bersahaja mendengar penjelasan Umairah dengan permainan yang baru diperkenalkan kepada kami. Oh Azhan, katakan yang kita takkan main permainan ini!aku pandang Azhan dengan harapan dia tidak bersetuju tapi dia masih lagi dengan riak slambernya.

" Okeh shell we start.." Azhan bersuara. AH nampaknya aku kena teruskan juga.

Aku hanya mengenakan hidung aku dipipi Azhan tadi dan sekarang turn Azhan pula. Seperti yang aku jangka, Azhan tentu mengambil kesempatan atas permainan kami ini. Lama dia temukan bibirnya mengenai pipi aku sehingga aku menolak wajahnya baru dia lepaskan aku. Wajah aku ketika itu, rasanya dah merah dah panas pun ada rasa macam tebal semacam je. Naik geram pulak rasanya bila Azhan tersengih memandang aku. Umairah pula hanya gelak dan bertepuk tangan, gembira melihat gelagat aku dan Azhan mungkin. Terharu aku apabila Umairah memeluk kami berdua dalam satu dakapan kecilnya sambil membisikkan kepada kami .. " I love both of U".

Beginikah kasih sayang yang diterap Zamri dah Kasidah dalam diri anak mereka? Membuatkan diri aku kagum.

Azhan melaraskan lampu tidur kepada cahaya yang suram. Namun aku masih dapat melihat wajah Azhan samara-samar yang berbaring bertentangan dengan aku. Diantara kami Umairah yang aku kira Cuba memaksa dirinya untuk tidur. Tangan Azhan dipegangnya.

Aku mengusap rambut Umairah, tidak aku hiraukan panahan mata Azhan yang memandang aku lembut. Huh buat tak layan. Walaupun dalam hati tak tahulah nak kata debarnya macam mana. Aku pejamkan mata aku. Aku tak mahu berlawan mata dengan Azhan.

" lily.." Azhan bersuara dalam kadar volume yang rendah.

" lily dah tidur ke..? "

aku buka mata ku perlahan. " kenapa.. Han nak apa-apa ke.."

Azhan senyum. " banyak yang han nak .." hye lain macam je bunyinye. Pantas dia mencapai tangan aku. Aku terkejut dengan tindakkan Azhan. " Maafkan han sebab sia-siakan inai dijari Sayang.. sepatutnya kita dalam mood honeymoon kan.."

Dia merapatkan jemari aku kebibirnya. Sekeras-kerasnya aku cuba menarik jemari aku dalam pegangannya tapi makin aku tarik makin erat digenggam Azhan. Akhirnya aku membiarkan dia, aku tak mahu pergerakkan tarik menarik kami akan menyebabkan Umairah yang baru terlena sedar semula.

" bagi abang peluang Sayang.." suara Azhan penuh harapan. " Dan bagi diri Sayang peluang juga.." Tangan Azhan kini merayapi wajah aku.

Diri aku peluang?? Aku bertanya dalam hati. Ya kenapa selama ini aku tidak pernah memberi peluang pada diri aku sendiri. Aku pegang tangan Azhan yang sedang mengelus pipi aku. Aku lemparkan senyuman kepadanya. Aku rasa aku yang perlu berubah.. aku rasa aku yang perlu merebut peluang dan kini.. dengan Izin Allah..
" Saya bagi abang peluang..untuk yakinkan saya soal cinta dan saya harap abang dapat bagi saya peluang untuk terus terima abang.." aku bersuara perlahan. Aku tundukkan wajah aku, tak tahan rasanya menadahkan wajah untuk tatapan Azhan. Aku pejamkan mata. Betulkah tindakan aku tadi?.. AH Azhan, kenapa awk diam pula say something will U..aku kepam bibir, setelah agak lama ruang sunyi terbentuk antara kami. Aku buka mata aku dan alangkah terkejutnya aku apabila Azhan tiada ditempat pembaringannya. .. Ai mana pulak perginya. " hye takut pulak bila kita bagi dia peluang.." aku bersuara perlahan, rasa sebal mula terbit perlahan dalam hati aku.

" siapa takut.." Bulat mata aku bila terdengar suara Azhan dibelakang aku. Alamak..aku ingat dia dah lari. " Abang bukan lelaki pengecut sayang.." dia diduduk diberai katil. Lalu aku bangun perlahan dari perbaringan duduk menghadap dirinya. Aku tundukkan wajah. Malunyeeeeeee.

" hye abang tak sangka, begini rupanya perasaan abang bila sayang panggil abang , abang.ikhlas sungguh bunyinya." Aku mendengar bicaranya yang seakan berbisik. "bahagia sekali.." seiring itu, dia mengangkat wajah aku memandang wajahnya.

" abang berjanji sayang..takkan sia-siakan peluang yang sayang bagi nie.." dia berbisik ditelinga aku. Kemudian satu kucupan melekat di pipi aku. Kiri dan kanan dan akhirnya ke dahi aku. Lama sekali. "jom." Sekali lagi azhan berbisik ditelinga aku.

Kemana.. aku bertanya dalam hati.

" Jom ke bilik abang..abang nak ajar sayang lesson cinta pertama.." berderau darah aku mendengar bicara Azhan. Naik darah sampai ke kepala. Rasa panas tiba-tiba. Aku gelengkan kepala aku laju. "kenapa.. takut nak belajar ke?."

Aku pandang wajah Azhan. Senyumannya mekar dibibir. " bukan.." aku terdiam, "bukan' erk kenapa pulak bukan..memang aku belum bersedia untuk kearah itu. " erk.. Umairah... "

" Yelah.. kita temankan Umairah sama-sama, Sayang tidurlah."

Aku membaringkan diri aku kembali sambil memeluk Umairah. Tidak aku hiraukan Azhan dibelakang aku, entah apa entah yang dia buat. Tak lama kemudian, aku terasa seperti Azhan merebahkan tubuhnya dibelakang aku. Tangannya kemudian menjalar di pinggang aku dan menjangkaui Umairah. Panjangnya tangan Azhan, hingga boleh memeluk Umairah dan begitu rapatnya dia melekap ditubuh aku.

" sweet dream sweet heart..lama betul abang tak dapat peluk sayang." Azhan berbisik ditelinga aku kemudian kucupan halus menjalar ditengkuk dan bahu aku.

Aku berdoa dalam hati, supaya Azhan menghentikan perbuatannya. Hati aku tak tahan menahan rasa yang seperti dipam-pam. Ternyata Azhan berhenti setakat itu sahaja, tidak lama kemudian aku terdengar dengkuran halusnya. Ah lega..


Kami tiba di banglo kedua keluarga Azhan pada jam 10.00 pagi, seawal pagi tadi selepas subuh kami bertolak ke Cameron Highland. Keluarga Azhan yang lain sudah lama tiba sejak semalam lagi. Kedatangan kami disambut adik beradik Azhan yang sedang duduk berkumpul diluar rumah. Aku bersalaman dengan kakak ipar sulung Azhan Kak Salwa kemudian bersalaman dengan adik bongsu Azhan Azniza, satu-satunya adik perempuan Azhan dan kemudian menyalami adik ipar Azhan Ashikin. Anak-anak buah Azhan yang lain sudah lama mengurumi pak ngah Han mereka. Semuanya kelihatan mesra dengan Azhan, tambahan ada teman baru di sisi Azhan, Umairah.



" Umi mana kak.." aku bertanya kepada Kak Salwa.

" Ada dekat dapur tengah masak.. pergi la try pecahkan benteng Umi." Kak Salwa senyum dan aku pun turut tersenyum, paham benar apa yang cuba dimaksudkan kak Salwa. Umi kalau sudah mula memasak, tidak sorang pun dibenarkan memasuki dapurnya. Dulu terkejut juga bila Azhan melarang aku masuk ke dapur ketika Umi sedang memasak.. tapi aku pedulik apa. Hai takkan nak biarkan saja mak mentua kita tunjuk skill sorang-sorang.. ahak. Bukan begitu, aku sudah biasa menolong mak di dapur dan dirumah Umi rasa janggal pula kalau tidak membantu didapur. Oleh kerana sikap keras kepala aku, akhirnya sudah beberapa kali aku berjaya pecahkan benteng Umi. Well we see. Aku melangkah masuk kerumah mencari ruang dapur.
Inilah pertama kalinya aku dibawa ke rumah rehat keluarga Azhan.

" Assalamualaikum.." aku menegur Umi yang sedang berceloteh dengan pembantunya. Siapa lagi kalau bukan Abah.

"waalaikumsalam..laa.. lily.. bila sampai."

Aku menyalami tangan abah kemudian tangan Umi. " Baru je sampai.. Abang Han ada kat depan.."

" Umairah sekali ke?.." Abah mengacau gulai lemak yang sedang menggelegak.

" A?ah..sekali dengan Umairah..kenapa bising-bising kat dapur nie Umi..abah" aku duduk dimeja kecil disudut dapur. Memerhatikan Umi dan Abah kembali mesra seperti dulu.

" Abah kamu nie..Umi dah kata jangan tolong..tengok apa dah jadi kat sambal umi tu.. dah lebih garam dah.." Umi pandang abah dengan wajah geramnya.

Aku tersengih melihat gelagat abah yang mengajukkan Umi. " Tak pe Umi.. Umi tambah lah kentang dalam sambal tu.."

"Kentang.. " Umi pandang aku hairan. Abah kenyit mata. Selepas aku meng? alter? sambal ikan bilis Umi, aku masak puding karemel kegemaran aku dan Azhan.
Kami sekeluarga solat isyak berjemaah dan Azhan menjadi imamnya. Setiap kali Azhan mengimamkan aku, hati aku makin lama makin sejuk dan perlahan-lahan menerimanya sejak pertama kali dia mengimamkan solat kami. Bacaan Azhan cukup jelas dan terang. Mungkin ini juga antara penyebab aku tertarik untuk belajar menerima diri dia. Selain sifatnya yang amat menyukai kanak-kanak. Tanya saja pada anak-anak buah Azhan siapa tak kenal pak ngah Han. Pak ngah Han itulah.. pak ngan Han ini lah..banyak pujian yang aku dengar tentang pak ngah Han mereka sejak di awal perkahwinan aku dan Azhan. Ah budak-budak pantang disogok. Umairah pula semakin mesra dengan semua ahli keluarga Azhan. Terutama dengan Jun sudah macam belangkas.

Selepas solat, kaum wanita membantu Umi mengangkat hidangan keluar rumah, meletakkan makanan di atas yang meja yang telah disusun anak lelaki Umi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh abang Azri. Ucapan ringkas dari Abah dan Umi. Selepas makan nasi, aku mengeluarkan pencuci mulut yang aku siapkan petang tadi, puding karemel dan kek Coklat yang dibakar Kak Salwa. Sambil menikmati air panas Azhan sekeluarga berborak dan saling bertanya khabar. Seronok suasana kekeluargaan begini, harmoni dan mengeratkan ikatan kekeluargaan. Anak-anak berkejaran dihalaman rumah.

" Umi ..abah.. Az nak buat pengumuman sikit.." aku memandang Azharin adik Azhan, dia berdiri sambil memegang tangan isterinya Ashikin. " Shikin..pregnant 3 bulan.." sebaik sahaja mendengar pengumaman dari Azharin, Umi bangun mendapatkan ashikin lalu dipeluk menantunya itu. Berita gembira itu dikongsi bersama kami sekeluarga. Aku senyum memandang Ashikin. Ashikin dan Azharin sudah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga dan berkat kesabaran mereka akhirnya ALLAH SWT perkenankan doakan mereka untuk menimang cahaya mata.

" Lily.. tak ada petanda apa-apa ke." Kak Salwa berseloroh. Semua mata tertumpu kepada aku. Aku gugup memandang berpasang-pasang mata tertumpu menanti jawapan dari aku.

Azhan menyulami jari aku. " Belum ada rezeki lagi akak.. lagipun biarlah kami bermanja lagi..kami kan baru nak kenal hati budi.." Aku senyum mengiakan Azhan. Rasanya semua ahli keluarga tahu bagaimana kami berkahwin. Bukan atas dasar suka sama suka seperti adik beradik Azhan yang lain tapi kami dijodohkan. Dalam adik beradik Azhan, Cuma Azhan sahaja yang memang liat nak berkahwin, adik Azhan Azniza pun sudah bertunang dan insyaALLAH hujung tahun nie Azniza bernikah. Tidak hairanlah kalau Umi yang tentukan jodoh Azhan.

Aku sedang mengemaskan katil ketika Azhan melangkah masuk ke dalam bilik. " Mana Umairah..?" aku bertanya apabila perasan Azhan masuk kebilik berseorangan.

" Ada dekat bawah..tidur dalam khemah dengan anak abang long.." Azhan menghampiri aku perlahan. Cepat-cepat aku berlalu ke tingkap. Menjenguk kebawah rumah. Terpacak dua buah khemah di halaman rumah. Aku lihat abang long duduk berborak dengan Abah dikerusi simen dihalaman rumah. Kak Salwa pula aku lihat sedang melayan kerenah budak-budak di dalam khemah.

" tengok apa.." terkejut aku mendengar suara Azhan yang begitu dekat ditelinga aku. Tangannya melingkar dipinggang aku. " tak payah lah risau. Abang tak kasi Umairah tidur dalam khemah..tapi paham-paham je lah bila kak Salwa masuk campur.." Oh ya tentu Kak Salwa mempertahankan Umairah. Azhan mengelus aku mesra, pelahan-lahan diarahnya aku menjauh dari tingkap bilik.

" Sayang.. izin kan abang.." Azhan memandang aku lembut.
Aku senyum memandang wajahnya , aku tak tahu tarikkan apa telah merasuk aku sehingga aku mendekatkan wajah ku pada Azhan lantas mencium kelopak mata kanannya dan berbisik ditelinga Azhan
" Saya hak abang.."

Pagi itu, aku bangun dengan pelbagai perasaan. Aku tak pasti wajarkah aku membuka mata aku atau biarkan ia berterusan tertutup.. tapi aku harus bangun. Aku kurang selesa berkeadaan begini tambahan bersama Azhan diatas katil. Aku malu..segan ah bermacam-macam lagi lah. Nak tak nak aku kena hadapinya juga. Aku harap Azhan tidak bangun lagi. Akhirnya aku buka mata aku perlahan-lahan. Namun harapan hanya tinggal harapan, apabila mata aku disajikan dengan wajah Azhan yang entah bila entah dia terjaga. Aku melirik pada jam didinding hampir ke angka 5 pagi. Aku sangkakan aku yang lebih dulu bangun dari dia.

" Assalamualaikum Sayang.." Azhan memberi salam sambil menundukkan wajah menyentuh wajah aku.

Selepas diberi peluang bersuara aku menjawap salam Azhan. " Awal han bangun.." aku cuba mengawal suara aku yang terketar-ketar.

" Abang tak boleh nak tidur sayang.." Azhan mengirai rambut aku yang jatuh kebantal. " Abang takut. Bila abang bangun esok pagi..apa yang abang lalui tadi cuma mimpi sahaja.."

Aku kerutkan dahi aku. Oh Azhan..kenapa begitu sekali awak fikir..jika awak fikir ianya mimpi, mungkin esok awak akan lupa apa yang telah saya serahkan kepada awak hari ini. Aku telan liur yang terasa payah benar dikerongkong aku. " abang .. awak bukan bermimpi..jangan sia-siakan saya.." entah kenapa hati aku sebak benar. Perlahan air mata terbit ditubir bibir mata aku.

Azhan kaget. " Sayang .. maafkan abang..abang janji .abang takkan sia-siakan sayang?" Azhan mengesat air mata aku yang tak mampu aku tahan lagi. Dan dia memeluk aku erat dan didadanya aku cuba meredakan sebak dihati.

************

" Umi bahagia tengok Azhan dan Lily dapat terima antara satu sama lain.." Umi menyatakan kelegaannya. Aku senyum, sambil memerhatikan Azhan yang sedang melayan kerenah Umairah. Abang long sekeluarga dan Azharin sudah berangkap pulang. Tinggallah Umi, abah dan Azniza. Azniza ambil cuti tahun begitu juga aku dan Azhan. Kami dah merancang untuk duduk lama di Cameron Highland sambil bawa Umairah bersiar-siar.

" Umi risau bila kenangkan umur dia yang dah nak menjangkau 32 tahun tapi tak ada pasangan lagi..ada juga dia kenal Umi dengan sorang budak perempuan masa Umi melawat dia dekat sana dulu..tapi Umi tak percayalah budak tu boleh jaga Han.." panjang lebar Umi bercerita dan budak perempuan tu tentu sahaja Reen, kekasih lama Azhan. Oh kerana nak menjaga Azhan Umi memilih aku. Betapa besarnya kepercayaan Umi terhadap aku.

" Azhan baikkan dengan Lily?.." Umi bertanya lembut. Dia memegang bahu aku lalu tangannya melurut menyentuh jemari aku. Aku senyum memandang Umi. " Azhan baikkan dengan Lily..?" Umi mengulang tanya.

Aku memandang Umi, jelas terpancar diwajahnya pengharapan untuk aku menjawap pertanyaannya. Aku anggukkan kepala aku perlahan. " Azhan baik Umi?dan kami saling belajar menerima antara satu sama lain..janganlah Umi risaukan kami. Azhan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik.." Seiring pengucapan aku, aku memandang Azhan yang sedang melayan Umairah di atas ambal di tengah laman rumah. Padanya telah aku letakkan dirinya tempat yang paling atas dalam hati aku. Pada lelaki itu, telah aku ikatkan kepercayaan dan ia semakin hari semakin aku cuba perkukuhkan.

Umi senyum mendengar jawapan aku yang aku rasa mungkin itu yang diharapkannya dari aku. " Umi tak sabar nak dapat cucu dari Lily .."

Entah kenapa, aku tertunduk malu mendengar permintaan Umi. Selebihnya aku teingatkan kisah semalam yang pertama kalinya berlaku dalam hidup aku.

" Suruh Azhan tu usaha lebih sikit.." Umi bersuara riang. Ah mendengarnya aku bertambah malu. Segan aku untuk melihat wajah Umi dan aku hanya tertunduk memandang jemari aku.

" nak Azhan usaha lebih sikit apa Umi.." tiba-tiba suara Azhan mengajukan pertanyaan. Aku pandang wajah Umi. Aku harap Umi tidak mengulang permintaannya pada Azhan.

Umi senyum, ditariknya Umairah supaya duduk dipangkunya. " Kamu tu usaha lebih sikit..supaya cepat Umi dapat tambah cucu lagi.." Umi berkata slambar.

" Tengah Usaha lah ni Umi..tak percaya tanya Lily.." Azhan pandang aku dengan senyuman nakalnya. Aku dapat mengagak tentu Azhan juga membayangkan perkara semalam." Tapi Umi ..kena jadi nanny sitter la.. tolong jagakan Umairah.. kan Sayang.." tambah Azhan lagi.

Aku pandang wajah Azhan geram. Hye dia nie..kenapa cakap benda mengarut nie.

Kami di Camoren Highland dua hari dan hari ini kami di Cherating. Seperti yang dijanjikan Zamri dan Kashidah menyertai kami di Cherating. Umairah ternyata gembira melihat kepulangan ibu dan abahnya. Azhan pula sudah siap menempah Chalet di sebelah mereka.

Petang itu, Azhan mengajak aku berjalan-jalan di tepi pantai bersama Zamri dan Umairah tapi aku menolak memandangkan kasidah tinggal berseorangan di Chalet. Rasanya ada baik aku temankan Kasidah di chalet.

" Erm, tak pe lah..tapi esok Sayang dengan abang je..no Umairah ..no kasidah okeh.." ayat mengalah Azhan. Tergelak aku mendengar ayatnya yang separuh merajuk itu. Umairah selepas Jun pulang dia lebih senang bersama aku, kemana sahaja aku melangkah diekorinya. Hatta ketika aku ingin berwudhuk, sempat juga aku mengajar Umairah bagaimana caranya bersolat.



Aku menatang dua mug air teh keluar chalet, menyertai Kasidah yang sedang duduk menikmati suasana petang di depan Chalet kami.
" air ida.." aku menghulurkan mug kepada kasidah dan disambut perlahan.
" lama ida tak datang sini.." kasidah bersuara selepas meneguk perlahan air teh kurang gula yang aku bancuh untuknya. " last datang sini masa dating kali pertama dengan Zamri.." Kasidah tergelak, mungkin ada peristiwa lucu yang berlaku ketika itu yang dia kenang. Petang yang tenang itu berakhir dengan mendengar cerita kasidah yang mengenangkan zaman-zaman persekolahan mereka bertiga. Kukuhnya persahabatan mereka dari sekolah hingga sekarang masih lagi bersahabat.

Malamnya pula, kami masak barbeque. Tidak banyak yang dapat aku buat memandangkan semuanya telah disediakan oleh pihak chalet. Aku berdiri disebelah Azhan dengan niat ingin membantunya memasak makanan kami.
Aku perhatikan Azhan berpeluh-peluh menghadap bara yang kemerahan, wajahnya juga berubah kemerahan.

" Panas Sayang.." katanya perlahan, ketika aku cuba menyepit untuk menerbalikkan sotong yang aku kira sudah separuh masak itu. Aku senyum, hye dia tak tahu ke kalau berkhemah dengan teman-teman aku, urusan barbeque ini semuanya diserahkan pada aku.

Selepas makan, kami duduk bersantai di hadapan unggun api. Melihat panorama malam di tepi pantai membuatkan diri aku asyik dan tenang, tidak sedar Azhan duduk dekat disebelah aku. Aku Cuma sedar apabila satu kucupan halus melekap di pipi aku. Aku terkejut, cepat-cepat memandang ke sekeliling mencari wajah kasidah dan Umairah. Ah lega apabila aku lihat kasidah leka melayan cerita Umairah. Kalau tertangkap malunya. Aku cubit Azhan geram.

" Ouch sakitnya.." Azhan mengusap pehanya yang mendapat habuan dari aku. Pantas disambarnya tangan aku. " eh tangan manusia la.. ingatkan ketam yang kita masak tadi balas dendam.." dia berjenaka. Perlahan jemari aku ditarik menuju ke bibirnya.

Pantas aku rentap. Ish dia nie tak segan ke..hati aku mendongkol geram. " ish awak nie..tak segan ke dengan diaorang?" aku protes.

Azhan sengih. " erm kasidah dah biasa tengok abang cium orang.. Umairah pulak dah biasa tengok sayang cium abang.."

Aku tarik muka mendengar ayatnya yang sedikit melalut tu, perlahan aku menjarakkan antara kami. Azhan pula kembali rapat apabila sedar aku sedang mengengsot menjauh dari bersentuhan tubuh dengannya.

Zamri turun dari Chalet dan ditangannya sebuah gitar.

@

" jom.." tangan aku ditarik Azhan. Dengan malas aku bangun mengekor dirinya.
Kami duduk di atas benteng dekat dengan gigi air. Aku perhatikan tangannya yang erat memegang gitar milik Zamri. Sunyi antara kami, Cuma kedengaran bunyi ombak dan jari-jemari azhan yang perlahan memetik tali gitar satu persatu. Gayanya seperti orang baru belajar. Tak sedar aku tergelak kecil melihat aksinya.

Dia mendongak memandang aku. Aku senyum membalas pandangannya yang kosong memandang aku. " Reti ke petik gitar tu.." aku sengaja berseloroh.

Aku kembali perhatikan dirinya yang kembali tekun, memetik perlahan tali gitar. Tiada reaksi daripadanya, lalu aku biarkan dirinya dan aku sendiri jauh merenung ke tengah lautan yang kelam.

" Dulu gitar nie abang yang punya.." katanya perlahan memecahkan ruang damai yang baru terbentuk. Aku pandang wajahnya, mengharapkan dia meneruskan bicaranya. " Tapi .. sejak dengan Reen, dia tak suka abang main gitar.."

"kenapa" aku bertanya hairan

" Erm.. dia tak suka tengok abang main gitar kapok nie.." Azhan mengetuk badan gitar. " Herm kerana turutkan kata hati, abang jualkan gitar nie dekat Zamri.. erm sebenarnya bukan jual..tapi abang bagi terus dekat Zamri.. "
Aku tersenyum mendengar cerita pendek Azhan. " Erm masa tu cinta la konon.." Azhan sambung ayatnya. Kedengaran lucu benar ditelinga aku.

Saat mendengar ayat Azhan, tersembur tawa aku. Huh..ye la masa bercinta kan makwe cakap apa semuanya diturutkan.

" Amboi.. amboi sedapnya dia gelakkan kita.." suara Azhan yang separa merajuk itu, membuatkan aku terhenti ketawakan dirinya. Tapi tak lama, tawa aku masih tercetus dibalik tangan yang sudah aku tekapkan ke mulut.

" erm.. saya faham apa yang awak rasa masa tu..tentulah pada awak ketika itu dia istimewa sebab itu awak turutkan saja kemahuan dia, walaupun korbankan kesukaan awak sendiri.." aku bercakap berdasarkan teori yang biasa aku perhatikan berlaku pada pasangan bercinta.

" Istimewa.." Azhan bersuara perlahan. " Tapi itu dulu sayang..dulu sebelum abang kenal sayang..dan sekarang sayang lebih istimewa dan abang berasa bersyukur sangat.." Azhan memetik gitarnya mengalunkan irama, aku tahu lagu itu.. " Tiada puisi atau lagu..tiada potret tiada ragu.."
Azhan meneruskan nyanyiannya. Aku tergamam seketika mendengar suaranya yang gemersik mengalunkan lagu istimewa dan tangannya yang lincah bermain diantara tali gitar.
Aku tergelak bila dapat menangkap beberapa lirik lagu telah ditukar Azhan.

" daku berikan wahai maharani ku
bina mahligai syahdu
kita berbulan madu disini.."

"siang aku terbayang.. kau istimewa buat ku sasau."


" Sayang..sayang cintakan abang tak?.." Azhan bersuara selepas dia habis menyanyi. Aku terkedu. Tunduk memandang buih pantai.

"Cinta atau tanggungjawap?.." tiba-tiba aku teringat pertanyaan Azhan yang tiba-tiba terpacul dari bibirnya ketika kami bertolak ke sini dari Cameron Highland. Aku minta dia ulangkan kembali, dan dia ketika itu hanya berdalih dan melawan celoteh Umairah.

Adakah Azhan mempersoalkan diri aku, yang berlaku antara kami adakah tanggungjawap aku sebagai isteri atau rasa cinta aku yang lahir untuk dirinya .. Ah.. sesungguhnya kenapa Azhan sendiri mengelirukan aku. Kenapa tidak dia yakinkan aku. Aku pejam mata. Merasai angin malam dengan harapan hati aku yang sedang pantas berdegup ini kembali tenang.

Aku terdengar Azhan mengeluh perlahan, kemudian dia mengalunkan lagu rela ku pujuk. Suaranya beralun perlahan. Ada getar disuaranya yang dapat aku tangkap.

@

Aku tersedar ketika alarm henset aku berbunyi menandakan sudah masuk waktu subuh. Cepat-cepat aku matikan alarm berharap tidak mengganggu tidur azhan. Tangannya yang melingkar dipinggang aku cuba leraikan. Namun rangkulannnya semakin erat. Tahulah aku Azhan juga sudah bangun.

" Nak ke mana?" bisiknya perlahan di telinga aku. Agaknya dia sedar aku masih berusaha melepaskan diri aku. " Sayang tak solat..tidur lah lagi.." semakin dia mempereratkan rangkulannya. Tersenyum aku mendengar ayatnya. Teringat rajuk Azhan malam semalam.

" awak buat apa nieh han.." terkejut aku dengan tindakkan agresif Azhan. Pantas aku menolak tubuhnya menjauh.

" Umi kan suruh kita berusaha.. " Dia pandang wajah aku dengan senyuman yang penuh makna tersirat.

" ops.. tapi malam nie saya tak boleh.." aku mengelak ketika dia cuba sekali lagi meraih pinggang aku.

"Bendera merah lah nie.. sejak bila?" dia bertanya perlahan. Kedengaran keluhan kecil Azhan. Aku tahu semestinya Azhan ingin melampiaskan naluri keinginan seorang suami terhadap isterinya. Semestinya Azhan juga ingin memanjangkan saat mesra yang kami lalui di tepi pantai sebentar tadi. Sejak peristiwa malam itu di Cameron Highland kami tidak pernah bersama. Memandangkan Umairah yang pastinya tidur di antara kami sepanjang malam.

" Sejak semalam.." aku buat muka belas. Lumrah aku seorang wanita yang matang manakan dapat aku menolaknya. Namun Azhan tetap juga bermesra mengikut tertib mendatangi isteri yang berkeadaan seperti aku.

Azhan memeluk aku lagi erat, didakapnya aku kejap.

" Abang .. nanti abis waktu subuh.. bangun le solat.." Aku cuba berpaling memandang wajahnya. " Abang .. " sekali lagi aku memanggil Azhan yang masih lagi tidak berganjak. Huh.. aku mendengus perlahan, lantas mencubik tangannya yang sedang melingkar dipinggang ku.

Azhan mengaduh. Namun aku makin ditarik didalam pelukkannya. " ketam dia nie dari semalam tau.. sakit le sayang.." Azhan mencium pipi ku. " 5 minit sayang.. 5 minit je.."

"cepat abang nanti abis waktu.." adeh payah betul orang tua bila mengada nie tau.. geram pulak aku dengan perangai Azhan yang melengahkan waktu.

" kiss sikit.." Azhan mendekatkan wajahnya.

Aku berpaling ?" solat dulu.."

" sikit je.. " azhan merengek..

aku semakin mengelak.. " solat dulu.." sengaja aku bertegas.

Azhan tersengih dipegangnya pipi aku dan menghadapkan wajah ku pada wajahnya. " kalu tak dapat sekarang.. dalam solat tak tenang sayang.."

Perlahan aku menolak dirinya, aku tak mahu azhan terus hanyut.

" bila dah dapat susah nak lepas pulak.." dia berseloroh. " Jangan gerak dari katil tau?3 minit je abang solat.." Azhan meloncat bangun. Dicapainya kain pelekat yang tersidai dihujung katil lalu menyelinap ke bilik air.

Aku membetulkan duduk aku ketika Azhan keluar dari bilik air, wajahnya segar kesan dari wudhuk yang diambil. Dia senyum memandang aku ketika membentangkan sejadah membelakangkan katil. Aku senyum melihat azhan menunaikan solat subuh. Memerhatikan dirinya, aku berasa bersyukur teramat kepada Ilahi. Sejuk hati ku melihat dia yang tertib menghadap ilahi. Aku capai bantal yang digunakan Azhan, lalu menyeluk kedalam sarung bantal. Ah jumpa pun. Aku menarik keluar novel yang disorokkan Azhan semalam. Uh dah kemut dah kulit buku dia..aku melurut kulit buku novel yang baru 2 hari aku miliki.

Sebaik sahaja selesai membaca doa, Azhan kembali memanjat katil. Aku yang menyedarinya meneruskan pembacaan aku.

Azhan menarik buku dari pegangan aku. " kan abang dah pesan.. kalau abang naik atas katil.. tutup buku.." dia kembali memasukkan novel aku kedalam sarung bantalnya.

Aku tergelak lucu. Memang aku tidak sangka Azhan sebegini manja. " Atas katil.. abang menelaah sayang.. dan sayang menelaah abang ? kan ke itu lebih afdal.." seiring pengucapannya sekali lagi seperti semalam aku dihujani kucupan demi kucupan.

p/s: another 5 episode next week i post k..so kekawan..enjoy baca cerpen ni... cerpen paling best pernah aku baca stakat ni... susunan ayat pn ok... indah... jgn lupe tunggu xt episode... thanks...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved