Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 4,061 viewed


�1.Balik kampung di bulan puasa, bolehkah tinggal puasa?

Ini termasuk dalam hukum orang musafir. Firman Allah dalam Al Qur'an yang maksudnya: "Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan(musafir) maka bolehlah ganti pada hari-hari yang lain."(Al Baqarah:183).�

Orang Musafir yang diharuskan berbuka puasa itu ada syarat2nya:�

pertama, Mestilah perjalanan itu tidak di atas dasar maksiat. contohnya, nak pergi KL sebab nak tengok konsert Pussycat dolls.�

Keduanya, hendaklah perjalanan itu melebihi dua marhalah(48 batu menurut Imam Nawawi dlm Syarah Muhazzab).

Ada kisah di zaman Rasulullah, dalam satu perjalanan dengan sahabt2nya, oleh kerana perjalanan jauh dan sahabat2 terlalu dahaga dan penat, maka ada yang berbuka dan ada yang berpuasa. Nabi tidak melarang yang berbuka puasa, dan tidak juga menyuruh yang terus berpuasa untuk berbuka. Oleh itu, Hukum berbuka puasa dalam perjalanan musafir itu adalah Harus/dibolehkan syarak.�

Haram berbuka puasa bagi orang yang musafir atas dasar maksiat adalah dengan IjmaK Ulama, Tanpa Khilaf di kalangan Ulama!!

2.Ada Ulama' yang membahaskan yang mana afdhal, berbuka ke atau terus puasa?�

Ini bergantung kepada keadaan. Kalau dengan berpuasa itu diri menjadi lemah dan mudarat kepada kesihatan, maka berbuka adalah afdhal. Begitulah sebaliknya kalau dengan berpuasa itu tidak mendatangkan apa2 mudarat kepada kita, dan sekiranya berbuka, menjadi satu bebanan untuk kita ganti di lain hari, maka berpuasa adalah lebih baik/afdhal.

3.Boleh jual makan minum kepada orang kafir ke di siang hari bulan puasa?

Orang Islam tidak diharuskan memberi makan kepada orang kafir pada siang hari bulan Ramadhan melainkan orang kafir yang jika mereka masuk Islam pada ketika itu maka mereka tidak diwajibkan berpuasa seperti perempuan kafir yang sedang haidh atau kanak2 kafir.

4.Boleh ke�sedut hingus yang masih berada dalam hidung di bulan puasa?

Tidak mengapa menghisap hingus masuk kembali sampai kedalam rongga hidung. Yang menjadikan batal puasa ialah apabila menghisap sampai masuk ia kedalam tengkok. Dan seperti itu juga hukumnya bila berada didalam solat. Tetapi kalau tidak sengaja, maka tidak mengapa.

5.Ada orang makan sahur dalam keadaan berjunub kerana takut tak sempat. Apa hukumnya?

Makruh makan dalam keadaan junub tetapi sah puasanya sekalipun mandi hadas selepas waktu subuh.Sunat hukumnya mandi hadas sebelum subuh dan untuk menghilangkan makruh tersebut hendaklah mengambil wuduk sebelum makan sahur.�
Ada satu cara untuk mengelakkan daripada hukum makruh ini. Basuh mana2 juzuk daripada tubuh badan kita contohnya tangan dengan niat mandi hadas besar di awal basuhnya. Lepas sahur nanti, mandi lah wajib/junub tanpa perlu berniat lagi.

6.Apa hukumnya seseorang yang duduk dekat orang yang merokok dan terhidu asap rokok tu?

1.Tidak batal puasa seorang yg duduk dekat seorang yg merokok melainkan masuk kedalam mulutnya sebagaimana asap itu disedut oleh yg merokok dan dibuatnya dengan sengaja.
2.Jika dilakukan dengan sengaja dan masuk asap itu melepasi halkum maka yg demikian itu membatalkan puasa.

7.Boleh ke nak puasa nazar bersekali dengan puasa Ramadhan. Kalau tak larat nak buat nazar, ada cara ke nak batal nazar?

Puasa nazar tidak boleh disekalikan dengan puasa Ramadhan kerana keadaan keduanya merupakan kewajipan yang berasingan.
Barangsiapa yg tidak mampu menunaikan nazar yg telah dibuatnya hendaklah ia membayar kafarah pada pendapat sebahagian ulamak yaitu memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian dan jika tidak mampu maka hendaklah puasa 3 hari.

8.Boleh ke orang yang belum qadha/ganti puasa ramadhan, hendak mengerjakan puasa sunat dan solat sunat Tarawih?

Orang yg ada hutang solat dan puasa yg belum diqadha boleh mengerjakan solat dan puasa yg sunat tetapi yg sebaiknya hendaklah bersegera qadha solat dan puasa yg ditinggalkan itu kerana qadha itu hukumnya wajib. Maka melewat2kan yg wajib itu hukumnya adalah haram. Sekalipun kita telah kekal mengerjakan solat pada masa sekarang tetapi kita masih terhitung disisi Allah sebagai orang yang meninggalkan solat dan puasa selagi kita tidak membayar hutang kita dengan Allah itu.

9.Orang yang murtad, kemudian masuk Islam semula, wajibkah qadha' puasa yang berlalu di zaman murtadnya?

Wajib Qadha' puasa orang yang bertaubat daripada jenayah murtad. Dan kalau dia puasa ketika murtadnya, tidak sah. Berbeza dengan kafir asal, tidak wajib baginya ganti puasa ketika kafirnya.

10.Kalau sii kafir masuk Islam di siang hari di bulan Ramadhan, macam mane?

Tiada puasa baginya pada hari itu tetapi sunat dia Imsak iaitu menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa kerana hormatkan waktu puasa.
Begitulah juga hukum ke atas kanak2 yang baru baligh dan orang gila yang baru sedar/pulih�di siang hari bulan� puasa.

WALLAHU A'LAMU BISSOWAB.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved