Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Carlead • 8 years ago • 4,647 viewed


Kopi ada potensi cegah penyakit
LUPAKANLAH bahawa kopi boleh menyebabkan anda tidak dapat tidur pada waktu malam, membuat anda gelisah atau meningkatkan tekanan darah anda. Menurut Profesor Peter Martin, pengarah Institut Kajian Kopi di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, kopi berpotensi baik untuk manusia. "Hasil awal dari kajian yang kami jalankan menunjukkan bahawa kopi berpotensi mempunyai kebaikan untuk kesihatan.
Menurut Profesor Martin lagi, dalam laporan Reuters, kebanyakan kajian mengenai kopi sepanjang 20 tahun lalu tertumpu kepada kafeina yang merupakan ramuan aktif yang utama dalam kopi. Kafeina merangsang sistem saraf utama dan telah lama digunakan sebagai ubat pelega sakit, pengawal selera, penghindar ngantuk dan sebagai rawatan untuk merawat demam dan semput.
Yang tidak baiknya, badan kita boleh menjadi ketagih kepada kafeina dan ini boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan jangka pendeknya, termasuklah corak tidur yang terganggu, perasaan berkecamuk dan tekanan darah yang meningkat. Bagaimanapun, hasil awal daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Pengajian Kopi itu menunjukkan bahawa kopi juga kaya dengan antioksidan -- bahan yang mengurangkan kesan-kesan bahan bahaya dalam diri manusia dan dapat melawan beberapa jenis penyakit. Oksigen yang bercampur dengan kimia-kimia lain menjadi partikel terangsang (charged particles) yang dipanggil radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan tisu dalam badan kita.
Tetapi, dengan adanya antioksidan, terhindarlah kerosakan seperti ini melalui pembentukan radikal bebas. Radikal bebas boleh menjadi penyumbang utama kepada beberapa penyakit seperti penyakit jantung, barah dan katarak mata serta kemerosotan sistem saraf dan daya ketahanan. Hasil kajian oleh Institut Kajian Kopi itu juga menunjukkan bahawa kopi mengandungi empat kali lebih tinggi kadar antioksidan berbanding teh -- satu lagi sumber yang kaya dengan antioksidan, kata Dr Euan Paul, pengarah saintifik Pusat Maklumat Sains Kopi. "Adanya prospek bahawa kopi boleh mengurangkan risiko kematian akibat sakit jantung adalah penting dan mendorong kami untuk membuat kajian lanjut," kata Profesor Martin.
Badan manusia melawan unsur-unsur bahaya dalam dirinya dengan beberapa cara termasuk melalui sistem perlindungan enzim dan antioksidan. Beberapa jenis antioksidan terbaik yang diketahui ialah vitamin E, vitamin C dan carotenoids yang terdapat dalam makanan seperti kacang soya, rempah-ratus serta buah jenis limau, bawang dan buah zaitun. Membakar kopi juga didapati meningkatkan kesan antioksidan, dan meniadakan kafeinnya tidak akan merosakkan mahupun mengurangkan kandungan antioksidan itu.
Namun begitu, kajian ini masih di peringkat awal, menurut Profesor Martin. Lantaran itu, anda tidak disyorkan segera minum bercawan-cawan kopi setiap hari, kerana hasil kajian oleh institut itu belum muktamad.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved