Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 2,182 viewed


KENAPA AKU MESTI LALUI SEMUA INI? KENAPA MESTI AKU?? AKU DIGELAR SUNDAL... AKU DIGELAR PEREMPUAN JAHAT... KENAPA SEMUA JARI MENUNDING KE ARAHKU? KENAPA MESTI AKU YANG ALAMI SEMUA INI DI MANA SALAHKU SEHINGGA AKU TERPAKSA MENGHADAPI SEMUA INI Soalan ini sering bermain difikiranku..

Aku berdiri dihadapan masjid yang indah ini... Masjid Putrajaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia...

Ya Allah..benarlah kata orang..bila kita berasa gelisah..gundah gulana..selain dari menatap wajah ibubapa dan AlQuran... memandang RUMAH ALLAH ini juga dapat menenangkan jiwa... .

Aku terkenangkan kisah hidupku... bilakah kegembiraan akan menjelma... ... .

Terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan buruk padahnya..

Permulaan hidupku dipenuhi dengan penuh kasih sayang... Aku dibelai dimanja oleh kedua orang tuaku tanpa sedikit kekurangan.. Aku ditatang bagai minyak yang penuh... maklumlah..aku ni anak bongsu diaorang...

1980-1992
Walaupun hidup keluargaku amat susah tetapi ibu dan bapaku memastikan aku mendapat kasih sayang yang sepatutnya...
Kadang-kadang aku ingin memberontak kerana sepupuku mendapat apa saja yang dia mahu dari ibubapanya tetapi tidak bagi aku... Aku sedar..ibuku tidak bekerja dan ayahku pula hanyalah seorang perkerja buruh yang hanya mampu mendapat gaji sebanyak rm500 sebulan untuk menyara 5 orang anak...

Walau bagaimana pun aku merasa bangga kerana ibu dan bapaku berjaya membesarkan anak-anak walau didalam kesempitan hidup...

Tanggal 1993 ketika usiaku mencecah 13 tahun...
Aku menerima dugaan yang paling hebat..Lelaki yang paling aku sayang dalam hidupku telah pergi menyahut seruan Ilahi. Aku terkilan kerana aku tidak sempat melihat ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Hatiku semakin terkilan kerana aku mendapat tahu arwah ayah ada menyebut namaku berkali kali di waktu pagi sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam harinya...

Aku menangis sendirian..Dan bermula detik itulah kehidupanku sentiasa ditemani airmata...
Akhirnya di usia 13 tahun aku telah diajar berdikari..semua urusan persekolahan dan apa saja aku perlu lakukan sendiri... .
Abang dan kakak-kakakku hanya mampu memberi moral support...
Mereke memberikan aku kepercayaan sepenuhnya... membiarkan aku melalui zaman remajaku sendirian... dan mereka pula sibuk dengan keluarga masing-masing..mereka hanya mendengar khaarku dari kejauhan... .

Alhamdulillah dengan berkat doa dari seorang ibu dan keizinan dari Allah... akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi... aku berjuang seorang diri untuk berjaya demi menggembirakan ibuku...
Abang dan kakak-kakakkku berbangga denganku kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...

Penghujung 1998 aku berkenalan dengan seseorang yang telah merubah segalanya..merubah perjalanan hidupku..bagiku... dialah punca segalanya... DI SINILAH KISAH HITAMKU BERMULA

(to be continue... .kepada pembaca sekelian..renung dan fikirkanlah agar kisah hidupku ini menjadi tauladan utk semua)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved