Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 3,204 viewed


Alhamdulillah, kali ini kita akan kuliahkan Syahadah."Asyahadualla ilahaillallah... ." Terkenallah 2 kalimah ini pada masyarakat Islam kerana ia adalah syarat untuk seseorang masuk Islam. Kalimah ini dikatakan dua kalimah syahadah. Ia juga disebut dengan nama-nama lain seperti kalimah toyyibah, syahadah tauhid atau syahadah Rasul. Tetapi yang paling popular, dinamakandua kalimah syahadah. Maknanya sepertimana yang sudah kita maklum. "Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau hendak diterjemahkan ," Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,... " itu tidak tepat.
Kalau kita belajar bahasa Arab, tidak tepat. Yang tepat ialah," Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah.."
Apa maksud jenis? Jenis ialah setiap yang dijadikan atau makhluk. Allah bukan jenis sebab Dia bukan kena cipta. Sebab itu kena terjemah begitu. Kalau diterjemah, "Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, " seolah-olah Tuhan itu bukan hanya Allah. Seolah-olahnya tuhan-tuhan lain itu tidak kena cipta. Hanya Allah yang tidak kena cipta itu yang jadi Tuhan. Maka kita terjemahkan, " Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah... " Ertinya Tuhan itu Allah sahaja sebab Allah bukan jenis. Allah bukan kena cipta. Kalau Rasulullah memang jenis kena dicipta.
Duakalimah syahadah ini, bagi kita yang sudah lama masuk Islam, dari keturunan Islam, kita sudah lali dan tidak terasa apa-apa. Padahal ini kalimah besar, agung, hebat. Tetapi oleh kerana kita sudah biasa,maka kita tak terasa apa-apa lagi. Lebih-lebih lagi waktu kita mula mengucapkan, terjemahnya begitu saja. Tidak terasa ada harga padahal ia lebih besar dari dunia akhirat. Begitu malangnya, kita berada dalam Islam, baca begitu sahaja tanpa terasa apa-apa. Ia tidak berkesan dan tidak mengubah sikap.Itu yang sedih.Padahal kalaulah Fatehah itu merupakan isi seluruh Al Quran dan hadis maka seluruh aqidah ada dalam ucapan kalimah syahadah. Ia merupakan intipati akidah. Intipati persoalan iman ada dalam syahadah.
Padahal dalam Islam, akidah merupakan persoalan pokok.Kalau ibarat pokok, ia merupakan akar tunjang. Kuat atau tidaknya Islam seseorang itu ditentukan oleh akidah. Sebab itudua kalimah syahadah ini merupakan intipati akidah atau iman.
Duakalimah syahadah ini termasuk rukun Islam yang pertama. Cuba lihat 4 yang selepasnya, semuanya berbentuk syariat. Sedangkan syahadah itu bersifat akidah. Ertinya rukun Islam yang ada 5 itu, 1 bersifat akidah dan 4 lagi bersifat syariat. Padahal rukun Iman ada 6 yang semuanya bersifat akidah. Patutnya ikut logik, kalau Tuhan tidak sebut rukun Iman pun tidak apa sebab ia sudah termasuk dalamdua kalimah syahadah.Ataupun rukun Iman tetap dikekalkan tetapi rukun Islam yang pertama, tidak diletakdua kalimah syahadah sebab rukun Iman sudah akidah.
Kalau ikut logik, kalau sudah ada dalam rukun Iman maka tidak perlulah dimasukkan kalimah syahadah lagi dalam rukun Islam itu sebab kalimah syahadah itu Iman.Ia merupakan intipati akidah jadi patutnya cukuplah dalam rukun Iman.
Apa maksudnya? Menunjukkan, oleh kerana rukun Iman dan rukun Islam itu kuat menguatkan tentang akidah, Tuhan memberitahu kita bahawa akidah paling penting dalam Islam. Ia merupakan perkara asas. Akidah adalah yang terpokok. Kalau tidak ada akidah, syariat yang baik pun tidak tidak ada erti. Berbuat baik pun tidak ada erti. Tetap mati kafir yang kekal abadi dalam neraka
Duakalimah syahadah itu adalah intipati akidah. "Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Saya hendak bahas tentang tauhid dulu. Tentang akidah dahulu. Kalau tidak tahu bahasa Arab, sangat bahaya untuk diterjemah. Tanyalah ulama atau pakar bahasa Arab, tentu dia akan terjemah,"..tiada jenis Tuhan... ".Kalau tanya ulama, dibahas disegi nahu, lagilah disebut," jenis". Saya hendak ulas syahadah Tauhid.
Kalau kita diawal-awal lagi membuat pengakuan bahawa Tuhan bukan jenis yang layak jadi Tuhan, maka jenis-jenis yang kena cipta, ia bukan Tuhan. Samaada yang manusia usaha buat seperti patung atau yang Tuhan cipta seperti malaikat, jin dllnya, mereka itu dari jenis yang bukan Tuhan. Allah bukan jenis maka layaklah jadi Tuhan. Ini makna yang asas. Dalam makna yang asas itu ada makna-makna yang lain lagi. Itu yang saya katakan, ia intipati akidah yang besar.
Makna-makna yang lain, termasuk dalam makna yang asas ini. Saya ambil yang besar-besar dan pokok-pokok yang terkandung dalam makna asas iaitu:
1. "Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang mencipta melainkan Allah." Manusia yang dari jenis, tidak mampu mencipta. Walaupun malaikat itu besar dan hebat, yang mana kalau ia jentik dunia ini habis semua, tetapi ia tidak mampu mencipta kerana ia jenis.Yang mampu hanya Allah. Itu makna yang terkandung dalam makna asas.
2."Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang boleh mencipta hukum melainkan Allah." Yang boleh buat hukum hanya Allah sahaja. Yang dari jenis ini tidak boleh. Walaupun manusia itu ada kuasa, dia tidak boleh cipta hukum. Hanya hukum Tuhan sahaja yang hendak dilaksanakan. Kalau kita keluar dari hukum Tuhan, kita syirik dengan Tuhan. Tuhan yang membuat hukum.
Kalau manusia hendak membuat hukum sendiri, jatuh syirik. Orang anggap mensyirikkan Tuhan itu kerana menduakan Tuhan sahaja atau menggambar-gambar Tuhan sebenarnya orang yang menduakan hukum Tuhan juga syirik. Menduakan sifat-sifat Tuhan juga syirik. Mana orang perasan hal ini sedangkan hari ini setiap negara membuat hukum sendiri termasuk negara Islam. Ertinya telah syirik dengan Tuhan.
3." Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang berkuasa melainkan Allah." Yang jenis-jenis ini macam mana besar atau hebat pun, mereka tidak ada kuasa.
Mereka tidak mampu hendak matikan orang walaupun kuat.Kalau Tuhan tidak izinkan, malaikat yang begitu besar, sebesar habuk pun tiada kuasa kecuali kuasa yang Tuhan beri. Jadi, tiada jenis Tuhan yang berkuasa melainkan Allah. Jadi kalau kita kata ada jenis Tuhan yang boleh berkuasa samaada malaikat, jin, PM ke, hukumnya sirik.
Syirik itu dosa besar.
4."Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang memberi bekas melainkan Allah." Ia lebih kurang dengan berkuasa tetapi boleh dipisahkan. Ia merupakan satu perangkap kepada syirik. Manusia ramai terperangkap temasuk kita. Contoh: Kalau tidak belajar tinggi, tidak boleh makan. Belajar itu kewajipan.Perintah Tuhan yang tidak ada hubung kait dengan makan. Apa hubungan antara belajar untuk cari makan dan belajar bukan untuk cari makan?
Macam sembahyanglah. Kalau orang tanya, "Mengapa sembahyang?" Adakah kita kata, kalau tidak sembahyang susah hendak cari makan? Kita sembahyang kerana Tuhan suruh. Adakah kita kata kita belajar kerana Tuhan suruh? Jangan kaitkan dengan cari makan. Syirik. Belajar itu kerana perintah wajib.
5.Makna lain, " Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang menghidup dan mematikan kecuali Allah." Kalau jenis, selain Allah, hebat macam mana pun, tidak akan boleh menghidup atau mematikan. Hanya Allah sahaja yang boleh menghidup dan mematikan. Kalau berlaku, itu hanya kerana Tuhan hendak melahirkan sebab. Sudah kehendak Tuhan. Tuhan sudah buat sunnah atau peraturan yang tidak akan berubah. Bukan senang hendak pisahkan antara sebab yang memberi bekas.
Kita anggap sebab itu memberi bekas kerana kita lihat sebab itu berperanan. Padahal kalau berperanan, itu sengaja Tuhan cipta untuk menjadi sebab tadi. Kalau Tuhan hendak menjadikan tanpa sebab pun boleh. Tuhan sudah berjanji dengan diri-Nya bahawa setiap berlaku, kena lahirkan sebab. Tuhan tidak mungkir janji. Sebab itu sekali sekala Tuhan jadikan juga tanpa sebab.
Dengan rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya, supaya jangan rosak akidah. Contohnya, orang dapat anak disebabkan perkahwinan lelaki dan perempuan. Tiba-tiba Nabi Isa lahir tanpa bapa. Tuhan hendak isytihar bahawa dengan kuasa Allah, tanpa ayah pun boleh lahir anak. Ini rahmat Tuhan pada hamba-hambaNya supaya jangan rosak akidah. Kebanyakan yang lahir itu, Tuhan beri sebab tetapi bukan sebab itu yang memberi bekas.
Jadi terjemahan yang seterusnya, "Aku naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang memberi bekas melainkan Allah." Sebab itu syariat, perintah Tuhan. Kita buatlah tetapi ia tidak ada kena mengena dengan memberi bekas.
Selama ini kita belajar Islam tidak habis. Syahadah sahaja, berapa panjang kita hurai. Jadi jelas,dua kalimah syahadah itu merupakan initipati akidah.Menunjukkan dalam Islam itu, akidah sangat penting. Jalan ke arah syirik sangat banyak. Bukan hanya berkait dengan zat Tuhan tetapi juga terhadap sifat-sifat Tuhan. Kita menduakan sifat-sifat Tuhan.
Banyak orang jatuh syirik kerana ini. Syirik adalah dosa besar. Walaupun tidak jatuh kafir, tetapi ia adalah berdosa besar dan boleh membawa kekufuran. Kalau boleh membawa kekufuran, akan batal sembahyang dan batal Islam kita. Masuk neraka dan kekal abadi selama-lamanya. Wal iyazubillah.
Saya ulang lagi, syahadah itu adalah intipati akidah. Kita tidak boleh anggap jenis-jenis atau makhluk selain Tuhan, ada mempunyai sifat-sifat seperti Tuhan. Bukan hanya zatNya begitu, sifat-sifatNya juga tidak sama dengan makhluk. Kalau kita samakan, jatuh syirik. Lama-lama boleh jadi kafir. Tolong ambil perhatian.
Jelaslah hari ini, walaupun setiap hari kita mengucapdua kalimah syahadah, kita tidak faham maksud. Setiap hari kita jatuh syirik keranadua kalimah syahadah. Sebab itulah umat Islam hari ini, Tuhan biarkan mereka terhina. Apa saja yang dibuat, tidak selesai. Sembahyangnya tidak selesai, zakat tidak selesai dan hajinya tidak selesai.Kita hanya lihat yang lahir-lahir sahaja. Dalam hal yang kecil-kecil, lebih-lebih lagilah. Sebab kita bergantung dengan terjemah. Bukan dengan isi, atau dengan huraian atau tafsir yang sebenar. Bukan sekadar terjemah lahir sahaja. Kita sudah banyak tersilap selama ini. Kita tidak mendapat sesuatu dari membaca kalimah syahadah ini. Sebab itu kita memandang kecil. Padahal itu intipati akidah. Di dalamnya ada berbagai-bagai akidah yang membezakan Tuhan dengan makhluk
Sekian

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved