Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 3,324 viewed


KISAH berkaitan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan Islam seharusnya diketahui oleh umat Islam daripada kanak-kanak sehingga ke dewasa.

Sesungguhnya, pada alaf ini pelbagai bahan bacaan boleh diperoleh sama ada menerusi buku atau internet. Justeru, Jasmin Enterprise menerbitkan buku bertajuk Mutiara Kisah Para Sahabat Nabi bagi memberi manfaat dan bimbingan kepada semua Muslim supaya memperoleh ilmu bagi menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan di dunia dan akhirat.

Buku ini, menyelitkan kisah empat sahabat (khalifah) Nabi Muhammad, iaitu Abu Bakar Abi Qohafah (Assiddiq), Umar Ibnu Khattab (Al-Faruq), Uthman Ibnu Affan Dzannurain dan Ali Abi Thalib.

Mengikut kisah itu, Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar daripada sahabatnya yang lain. Abu Bakar adalah seorang Quraisy daripada Kabilah yang sama dengan Rasulullah walaupun berbeza keluarga. Beliau adalah seorang pedagang serta memelihara kehormatan, baik hati, ramah, pandai bergaul dengan kaumnya dan mudah berurusan dengannya serta sikapnya mencerminkan kekuatan iman.

Sewaktu Perang Badar, Abu Bakar menghampiri Nabi Muhammad yang masih khusyuk berdoa, meminta supaya tenangkan hati dan diri dengan keadaan itu sehingga mereka bersama-sama mampu mengatasi peperangan itu.

Keimanannya tanpa batasan dan perasaannya hidup sejak kelahiran dakwahnya termasuk pada zaman Israk Mikraj, Perang Badar dan menuju ke Makkah. Apa yang paling menarik mengenai Abu Bakar ialah sebaik Nabi Muhammad wafat, umat Islam kebuntuan dan pada waktu itu sahabat lain, khususnya Umar menjadi tidak karuan apabila hilang kawalan diri. Pada ketika ini, Abu Bakar berjaya mententeramkan keadaan. Selepas wafat Rasulullah, sahabat bermusyawarah memilih khalifah pengganti kepemimpinan Nabi Muhammad.

Saidina Umar pula adalah orang ketiga dalam urutan pejuang dakwah Islamiah sesudah Nabi Muhammad dan Abu Bakar As-Siddiq. Juga dari kabilah Quraisy dan bertemu sedarah dengan Rasulullah pada datuk mereka, Kaab Luai. Mewarisi unsur Arab, sebelum memeluk Islam, Umar dikenali di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berbincang, berdialog dan memecahkan pelbagai urusan.

Beliau juga pedagang yang mahir dan tekun dalam perdagangannya. Peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip dan berkedudukan tinggi sehingga digelar Al-faruq Umar Ibnul Khattab.

Ketika kaum Muslimin berhijrah ke Madinah bagi menyebarkan Islam, mereka seluruhnya meninggalkan kota Makkah secara sembunyi, kecuali Umar yang melakukan dengan terang-terangan. Inilah kekuatan dimiliki Umar sejak awal keimanannya.

Selepas beliau wafat, Uthman seterusnya memikul tanggungjawab memelihara dan mempertahankan jiwa kehidupan tempoh kenabian. Uthman termasuk salah seorang daripada tujuh orang yang selalu mendampingi perjuangan Nabi Muhammad serta berperwatakan pemalu, bertakwa dan warak. Beliau bertanggungjawab memperluaskan wilayah dakwah Islamiah. Pada akhir tahun 34 Hijrah Islam mulai dilanda fitnah yang menjadi sasarannya adalah Uthman sehingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Sahabat keempat, Ali, khalifah pertama dari keluarga Hasyim. Ali dilahirkan dalam Kaabah. Allah memuliakan wajahnya untuk tidak bersujud kepada berhala yang ada di Kaabah dan sekitarnya. Kehadirannya menandakan zaman baru bagi Kaabah dan penyembahan Allah di sana.

Buku ini membincangkan dengan jelas mengenai sahabat Nabi Muhammad yang lain selepas empat khalifah itu seperti Saad bin Mu'adz dan Abdurahman Auf.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved