Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 budak_nakall • 9 years ago • 4,402 viewed


Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukanOleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan
dirimereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapakkakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan kedalam tandas.
2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis,kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadangdalam keadaan berjunub.
5. Melakukan penyembelihan semata-mata keranasyaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya danhasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulanatau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebutdan tidak kepada Allah S.W.T.
7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidakboleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungandiantara dua orang atau lebih.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.wpernah bersabda :"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak- awaknya (untuk dibawanya berjalan-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuahrumahtangga terutama yang menghadapi krisiskritikal. Apahila seseorang lain yang datang denganberkata: 'Aku telah melakukan begini dan begitu... ' (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata:
'Sebenarnyakamu masih belum melakukan apa-apa'. Kernudian apabi/a ada seseoranglain yang berkata:'Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akanpisahkan dia dengan islerinya', maka si iblis tadi akan cepat-cepatrnenghampirinya lalu berkata: 'Ya! Engkaulah orang yang bijak' ".Hadisriwayat Muslim.Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaadaantara suami isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..

Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secaraserta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dankebencian.
2. Timbul perasaan syak wasangka di antara keduabelah pihak secara tiba tiba
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupunpertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenarrupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri. Contoh :suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya
seorang yang cantik jelita.Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yangcantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandanganmatanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.
6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktivitiharian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akanberasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnukathir rahimahullah pernah berpendapat:
1. Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandanganmatamasing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yangdilihatsangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindakmemecahbelahkan mereka."
2. Sihir pengasih atau sihir kasihSabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: "Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimatserta sihir ilmu pengasih adalah syirik". Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud,lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiirrahimahullah telah berkata:"At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atausebaliknya.Ia termasuk di dalam perkara- perkara syirik kerana kepercayaan seseoranghanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadapsesuatu yang dihajatkan.Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadarAllah S.WT."Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadisdi atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatanjin,syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang
disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak.
Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah
bersabda :Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi
mana tidak bercampurdengan unsur-unsur syirik". Riwayat Muslim.

Kesan sihir
1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayangsecara mendadak.
2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dantidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan danpermintaan pasangannya.
5. Suami mentaati perintah si isteri denganmembuta tuli.

3. Sihir PukauanAdalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandanganmata seseorang.Contoh :
1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapitiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tibabertukar menjadi besar.
3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnyayang sebenar,contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat
talidantongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramaisesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampiserapahatauapa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan-

4. Sihir GilaKharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadisdan katanya:Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untukmemeluk agama Islam.Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan akutelah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yangterkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalusalahseorang dan keluarganya berkata:"Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yangtelah anda dapati untuk merawat si malang ini ?"Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah.Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluargalelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing.Akukemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:"Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampilain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?" "Tidak!" Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:Ertinya: "Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari)jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasiljampi yang hak (benar)".

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
3. Mata mangsa selalu terbeliak danmelilau-lilau.
4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satutempat.
5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahajaterbantut atau tidak lengkap.
6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satupandangan penting.
7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang diaberjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.

5. Sihir menyendiri atau keseoranganKesan sihir

1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
4. Benci melibatkan diri dalam hal halkemasyarakatan.
5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentuarah.
6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orangyang disihirnya. Jin itu asuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian tak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yangsuka mengasingkan diri.

6. Sihir HisteriaKesan sihir

1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suarayang selalu memanggil-manggil namanya.
3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suarayang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidakkelihatan.
4. Mengalami perasaan was-was.
5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan danorang orang yang dikasihi.
6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amattinggi dan rasa gayat.
7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datangmenerkam dirinya.
8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau danmenjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsaketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsadenganmenjelmakan diri sebagai haiwan -haiwan ganas datang menerkam. Dalamkeadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa denganmenggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak dikenali.Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaransayup-sayup sahaja.

7. Sihir Penderitaan sakitKesan sihir

1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salahsatu anggota badan.
2. Kerapkali diserang penyakit sawan.
3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggotatubuh badan.
4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggotabadan.
5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarangaktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit-penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antarakeduanya,selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampidiperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi kebas-kebas,seram sejuk,pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnyaberubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jikatidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialamiialahsakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain ataudoktor.

8. Sihir Pendarahan (Istihaadah)Kesan sihir
Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukangsihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak disihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaiksahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas disegenap penjuru jasad melalui saluran -saluran (urat-urat) darah.Apabila sampai ke saluran darah di bahagian pentingwanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluardarahdengan sekuat -kuatnya.Darah terus mengalir keluar melalui saluran-salurandarah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wanitayang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu bagindaS.A.W. pun menjawab:
"Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan daritolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan"Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih.Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.> Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawaRasulullah S.A.W. telah bersabda:"Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darahhaid"Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.
Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagaidarah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan. Dalam anNihaayah (m/s:469),Ibnu Al Athir telah berkata:
"Darah istihadah ialah darah yang keluar secaraberterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimanakebiasaannya."kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selamalebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu,adakalanyasedikit dan adakalanya pula banyak.

9. Sihir gagal perkahwinanKesan sihir
Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergimeminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan ataumengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsungperkahwinannya. Sebelum memulakan sihir, tukang sihir akan memintaorangyang mendengki tersebut nama mangsa dan namaibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa. Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan.Jinmenunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa.Keadaan masa yang dimaksudkan adalah
a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.
b)Ketika mangsa kemarahan.
c)Ketika mangsa lupa.
d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:
1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin > dansegala pinangan yang datang ditolak.
2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jinmelakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseoranglelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajahhodohdan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedangdilihat.Perkarainijuga turut dilakukan kepada pihakperempuan (mangsa).

9. Sihir mati pucukKesan sihir
Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseoranglelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ iaakan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapatdi dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks.Dipusatitulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelaminseseorang lelaki iaitu zakar.
Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis
ransanganSeksyang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyaratdanmaklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan terputushubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakarsegerakembali semula ke pusat masing-masing. Akhirnya, batang zakar yang pada.asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut > kembali.

10. Sihir mandulKesan sihir

Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagikepada dua :
1. Mandul Anggota KelaminMandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktorsekiranya ada keupayaan.
2. Mandul Kerana SihirBerlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasadseseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadapmandul jenis ini adalah denganAl Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dariRasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitanjinkepadaKaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan prosespersenyawaan di dalam bahagian Rahim seseorang wanita.Apabila proses persenyawaan telah berjaya, makakehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulanmengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnyamenolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan melelehkeluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalamriwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawasyaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adamitu melalui saluran saluran darah.

Cara memagar diri dari sihir @ ilmu hitam
Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalanyang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahattukangsihir atau pengamal ilmu hitam.Bacaan ayat ayat hendaklah dengan tertibdanbetul tajwidnya.Harap perbetulkan juga sebarang kesilapan teknikpenulisanayat (tanda dan lain lain) yang mungkin berlaku ketika muka laman ini direkabentuk.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar MadinahAmalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika bolehmakan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak bolehmendapatkankedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supayamenepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
:Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, diatidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang
terkenapada hari itu". Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidurSihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadapseseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwudukakansentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan olehAllah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: "Sucikanlahjasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulusebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikattersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkandoa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalamkeadaan bersuci'" Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaahMengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorangMuslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambillewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil
peluanguntuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaaniaakan berjaya merasuk, menyihir ataumelakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasanhulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cumatiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklahdirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakankambing-kambingyang menyendiri dari puaknya.' Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri darisihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malamboleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorangitu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalahtak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasilperlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihalseorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakansolatmalam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalamtelinganya" Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandasTandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagisyaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yangada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawadia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan.Seketikakemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, bagindaakan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan namaAllah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarangekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Keenam (6)
Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.berbunyi : kemudian menyebut

Pagar Ketujuh (7)
Memagar isteri selepas selesai akad nikahSelepas majlis akad nikah, pada malam pengantinsebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suamimeletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambilberdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannyadan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku
berlindungdarikeburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. YaAllah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya darisegala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatantukang sihir apabila dia telah melakukansihir dan dan perbuatanorang-orangyang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy
sanadnya baik.

Pagar Kelapan (8)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi danberzikir kepada Allah sehingga terlelap.Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawasyaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelumtidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitansekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita AbuHurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal �asendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari.

Nota :Amalan kelapan lapan pagar sihir di atas adalahbersumber maklumat dari kitab karangan Sheikh Wahid Abdul Salam Baliy.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved