Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 1,992 viewed


Di kaca televisyen sekali sekali masih menayangkan kempen anti inflasi menyeru menggalakkan agar rakyat berbelanja dengan berhemat, tidak membazir dan mengikut keperluan. Iklan itu mengingatkan pengguna agar mendapatkan keperluan barangan dengan harga berpatutan dan memilih berbelanja di tempat yang menawarkan harga lebih rendah.
Iklan tersebut mengingatkan kita tentang Kempen Inflasi Sifar yang pernah dijadikan agenda penting negara beberapa tahun lalu. Inflasi merupakan keadaan di mana terlalu banyak permintaan terhadap barangan sehingga berlaku peningkatan harga dengan ketara.
Memang amat sukar untuk mengelak daripada berlakunya inflasi. Dalam keadaan biasa kadar inflasi meningkat antara satu hingga dua peratus setahun. Jumlah tersebut dianggap baik untuk pertumbuhan ekonomi.
Inflasi memberi kesan buruk kepada ekonomi negara jika sekiranya kadarnya melebihi empat peratus setahun. Negara dianggap dalam jurang masalah ekonomi besar jika kadar inflasi melebihi 10 peratus setahun.
Sikap peniaga dan pengguna yang bertentangan dengan amalan perniagaan baik merupakan penyumbang kepada peningkatan kadar inflasi. Pengguna disarankan supaya merancang perbelanjaan supaya berjimat dan dapat menikmati nilai yang lebih bagi setiap sen wang yang dibelanjakan. Belilah hanya barangan yang diperlukan dan bukannya mengikut perasaan dan nafsu yang tidak pernah merasa puas.
Barangan yang dibeli perlu diteliti dan dinilai supaya ia dapat memberi kepuasan yang maksimun apabila menggunakannya. Barangan yang dibeli hendaklah digunakan sehingga �nilainya� habis dan elakkan pembaziran dalam penggunaan. Ini dapat mengelak pembelian seterusnya sebelum tiba masanya.
Rakyat mungkin keliru dengan kempen meningkatkan perbelanjaan. Jelas sekali seperti bertentangan dengan kempen inflasi sifar. Sebenarnya kedua-duanya tidak bertentangan jika pengguna memahami maksud sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah menjadi pengguna yang bijak berdasarkan amalan kepenggunaan yang sihat.
Kempen meningkatkan perbelanjaan bukan bermakna rakyat digalakkan berbelanja boros. Meningkatkan perbelanjaan digalakkan ialah kepada perkara yang mendatangkan manfaat seperti pembelian harta tetap.
Selain itu rakyat digalakkan melakukan aktiviti sihat seperti melancong dalam negeri, membeli barang tempatan, penggunaan khidmat yang dapat meningkatkan taraf hidup dan sebagainya. Peningkatakn perbelanjaan kepada perkara-perkara tersebut dalam keadaan terkawal tidak menyebabkan inflasi. Kerajaan menggalakkan peningkatan perbelanjaan kepada golongan yang mempunyai lebihan simpanan. Rakyat berpendapatan sederhana pula digalakkan menabung bagi keperluan masa terdesak.
Untuk menjayakan kempen, penyertan peniaga amat penting. Mereka diminta supaya menjual barang atau perkhidmatan dengan harga rendah dan berpatutan. Peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan pada keadaan tertentu untuk mengaut untung yang lebih sehingga menindas pengguna.
Pengguna wajar memulau barangan yang dijual dengan tingkat harga yang tinggi. Sekiranya majoriti pengguna tidak membeli barangan dijual dengan harga mahal, peniaga terpaksa menurunkan kembali harga. Penurunan harga akan menarik semula pembeli membelinya.
Untuk mengatasi masalah inflasi, pengguna digalakkan membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan. Tindakan ini akan menggalakkan pembangunan industri tempatan dan mengurangkan kadar pengeluaran wang ke luar negara yang menyebabkan suntikan inflasi ke dalam negara.
Pengimportan barangan akan menyebabkan pengaliran keluar wang yang menyebabkan kebocoran dalam kitaran ekonomi kita. Kebocoran ini perlu dikawal supaya nilai matawang kita dapat bersaing dalam pasaran matawang luar negara.
Keburukan inflasi kepada ekonomi ialah nilai wang sesebuah negara menjadi jatuh. Sejumlah wang yang dahulunya boleh membeli satu barang, tetapi akibat inflasi tidak akan lagi dapat memberi barang yang sama. Harga barang tersebut telah melambung naik.
Terdapat ramai pengguna yang sanggup berbelanja lebih asalkan keinginan tercapai. Bahkan ada pengguna yang berbangga apabila dapat memiliki sesuatu barang ketika orang lain sukar mendapatinya. Inilah sikap buruk pengguna yang perlu dibendung.
Akibat buruk inflasi terutamanya kepada mereka berpendapatan tetap seperti pekerja kerajaan. Manakala, golongan paling beruntung semasa inflasi ialah pengeluar atau peniaga. Mereka dapat mengaut untung dengan kehendak pengguna yang sanggup membayar lebih asalkan mereka dapat memiliki barangan yang sedang kurang di pasaran.
Peranan wanita dalam mengekang inflasi amat penting. Wanita dianggap �pembeli runcit� yang banyak mempengaruhi tingkat harga barangan.
Sebagai pengguna bijak, wanita perlu memulau mana-mana barang yang dinaikkan harga sesuka hati oleh peniaga. Sekiranya barang itu bukan �mesti� dibeli, carilah barang lain sebagai gantinya.
Kuasa yang ada pada wanita amat besar. Wanita mempengaruhi pola perbelanjaan keluarga. Suami membeli itu dan ini atas permintaan atau persetujuan isteri.
Jika permintaan sesuatu barang jatuh, maka harganya juga akan turut jatuh. Ini tentu menguntungkan pengguna sendiri. Harga barang berada di tangan pengguna. Jangan beli barang yang dinaikkan harga melebihi sepatutna.
Sikap tidak kisah harga barangan naik asalkan memperolehnya menyebabkan peniaga naik lemak. Bagi pengguna yang berada, kenaikan harga barangan keperluan tidak mendatangkan kesan kepada ekonomi keluarga. Tetapi, masalah besar terpaksa dihadapi golongan sederhana dan miskin.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved