Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 1,480 viewed


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Ingin tahu siapakah penulis surat berantai yang dikatakan dari saorang Sheikh? Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya bacalah keterangan dibawah ini:
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- meninggal dunia1932) anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor ketika itu mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S. W. T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S. A. W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak gt; sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".
Awas Syirik dalam Email dan SMS
Assalamualaikum... Dengan izin Allah, teknologi kini telah memudahkan kita berkomunikasi secara telefon dan juga e-mail. Tapi, jgnlah sesekali kita lupa bahawa dosa datang dgn pelbagai cara, walaupun dalam bentuk email. Kenal kah kamu apa itu syirik? Banyak yang akan menjawab, "Ya, saya kenal. Dan itu adalah satu dosa yang besar." Tetapi jika ditanya jikalau kamu sedar bahawa kebanyakan kali, syirik datang dalam cara email dan sms, ada yang akan berjawab, "Syirik wujud apabila kamu berniat di hati bahawa kamu sembah/percaya pada yg lain selain Allah SWT."
Pernahkah saudara/saudari menerima email/sms seperti sedemikian? "Hantarlah kepada tujuh orang dan sesuatu yang baik akan jadi kepada kamu" atau "Jika email ini tidak disampaikan kepada sekurang-kurangnya 7 orang, hidup kamu akan dipenuhi dgn penuhi kesedihan dan kesusahan" Kebanyakan kali kita menerima email seperti ini dalam bahasa Inggeris. Dan di hantarkan nya email itu bukan sahaja kepada tujuh orang, malah ada sehingga semua rakan-rakan yg dikenalinya. Berfikirlah. Adakah email itu berkuasa? Wahai kawan-kawan yang disayangi, malapetaka tidak datang tanpa keizinan Allah SWT, dan apa sahaja yang terjadi adalah dgn izin-Nya. Oleh itu, kita tidak boleh mempercayai kata-kata tersebut dan jika kita menyampaikan email itu seperti disuruh kerana berasa takut akan dihimpa malapetaka, itu adalah syirik. Tetapi jika email itu dihantar kepada kawan-kawan dgn niat untuk menyampaikan sesebuah message yang berfaedah, maka itu bukan syirik. Jgn sesekali kita mempercayai kata-kata yang boleh menimbulkan syirik. Insya Allah, kamu akan dilindungi-Nya. Saya berharap message ini dapat disampaikan kepada yang lain supaya kelakuan syirik dapat dikurangkan. Dan jgn lupa jika pernah sesekali kamu syirik, bertaubatlah!! - Allah SWT Maha Pengampun.

Sebarkan

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved