Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 6,877 viewed


Peperiksaan adalah salah satu ujian bagi seseorang yang bergelar pelajar. Ianya bertujuan untuk menguji bagaimana cara pelajar menampilkan dan menggunakan bakat serta kebolehan mereka yang diperolehi daripada ihsan guru-guru yang memberi tunjuk ajar dan juga usaha pelajar yang siang malamnya diisi dengan menelaah dan mengulangkaji pelajaran.

Peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar tetapi ia juga menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir dan tidak lembab dalam membuat sebarang jawapan di kertas peperiksaan. Ia mengajar setiap yang bergelar pelajar supaya sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan akal fikiran kita untuk mengimbau kembali apa yang telah diajar dan diterangkan oleh cikgu di dalam kelas.

Keputusan peperiksaan samada lulus atau gagal adalah bergantung pada diri sendiri. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa tumpuan perhatian yang cukup dan malas membuat kerja-kerja yang diberi oleh cikgu serta malas lagi membuka buku, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan yang setimpal dengan tabiatnya yang malas belajar iaitu gagal.

Lain pula jika seseorang pelajar itu belajar dengan bersungguh-sungguh, apa yang cikgu ajar terus meresap ke dalam otaknya yang cergas dan sihat, sentiasa mematuhi arahan cikgu dan menghantar kerja pada waktu yang ditetapkan, pelajar sedemikian tentunya akan sentiasa menjadi anak harapan pihak sekolah dan menjadi anak kebanggaan kedua ibu bapanya.

Pelajar yang cemerlang tentulah akan membuat ibu bapa mereka berbesar hati dan bertuah mendapat anak yang sebegitu cermat dan prihatin terhadap pelajaran. Sekurang-kurangnya pelajar cemerlang itu tidak mensia-siakan pengorbanan ibu bapa yang bertungkus-lumus bekerja siang malam walaupun hari silih berganti, cuaca sering berubah warna hanya kerana ingin mendapatkan wang pembiayaan sekolah.

Sesetengah pelajar tidak menghargai masa-masa pembelajaran mereka dan juga sering kali meremeh-temehkan ihsan guru-guru mereka hanya kerana malas dan sentiasa pula ponteng kelas demi mencapai kebebasan yang sekejap cuma. Mereka hanya inginkan kebebasan walaupun pelajaran mereka terabai dan langsung tidak peningkatan. Pada umur yang muda itu mereka tidak menitikberatkan kepenting ilmu pengetahuan yang akan mereka sandang apabila dewasa nanti. Bagaimana mereka hendak menyara diri mereka yang menganggur itu jika tiada ibu bapa kelak?

Bukankah menuntut ilmu pengetahuan itu wajib pada setiap umat Islam yang bergelar pelajar? Jika sudah dikategorikan sebagai pelajar apa lagi yang wajib dilakukannya selain dari belajar dengan gigih untuk merealisasikan cita-cita serta impian kedua ibu bapa kita yang sentiasa membina harapan untuk melihat kita berada di puncak kejayaan.

Peperiksaan itu adalah titik penting sepanjang masa kita belajar dan menimba pengalaman kerana jika ia keputusan yang baik maka kita akan terus mara kehadapan tetapi jika sebaliknya kita akan berterus-terusan tersadai di tengah jalan.

Di sini saya ingin memaparkan diantara kebaikan-kebaikan peperiksaan terhadap pelajar-pelajar, iaitu:

1. Peperiksaan besar berkemungkinan akan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berkelulusan tinggi. Kekadang peperiksaan mampu mengubah seseorang pelajar yang tidak berakhlak dan bodoh kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui peperiksaan kita akan dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan dan sesungguhnya kita akan dapat menilai dan merasakan bahawa usaha kita menghulur tangan kepada sekalian cikgu dan keprihatinan kita yang sentiasa berjaga malam hanya kerana ingin mengulangkaji tidak disia-sia.

2. Peperiksaan boleh mengajar seseorang pelajar bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan. Sebelum kita berjaya melunaskan cita-cita kita tentu saja banyak dugaan yang mendatang seperti ada seorang pelajar bergelar otak cair yang merupakan saingannya. Tentu mereka akan menemui pelbagai kesusahan kerana mempunyai kepandaian yang sama. Peperiksaan akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang pelajar itu.

3. Peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar-pelajar yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi.

4. Peperiksaan juga dikategorikan sebagai satu pengajaran kerana pelajar akan dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan semasa menulis atau membaca.

Keburukannya juga ada banyak seperti:

1. Peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana siang malam, setiap hari dan setiap ketika, hanya satu kerjanya membaca, belajar, membaca, belajar. Oleh itu, ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk menolong pelajar tersebut supaya tiada tekanan emosi dalam bidang pembelajaran.

2. Peperiksaan juga boleh merosakkan kebahagiaan seorang pelajar kerana kekadang ibubapa sering tidak ambil endah dan tidak sesekali memberi sokongan moral terhadap anaknya sendiri. Lebih teruk lagi jika pelajar itu tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya yang hanya mahukan kemegahan dan bersombong dengan keputusan yang disandang oleh anaknya.

3. Kesihatan pelajar juga boleh terjejas jika sentiasa meremeh-temehkan waktu menjamu selera kerana hendak mengulangkaji. Bukankah sia-sia jika pelajar itu terlajak tidur kerana tidak cukup tidur ataupun kerana tidak sihat maka tidak hadir ke dewan peperiksaan.

Itulah kebaikan dan keburukan yang dapat saya huraikan. Di sini saya ingin menekankan bahawa seseorang yang bergelar pelajar seharusnya mengenal erti peperiksaan demi untuk mencapai cita-cita yang besar.

ffice ffice" />

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved