Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 gren • 9 years ago • 1,171 viewed


Teringat satu artikel seorang jurnalis Amerika, dia bercerita ketika dia dan keluarga memeluk agama islam. Jirannya seorang kristian yang kecewa dalam hidup (beberapa kali ingin bunuh diri) minta dia (jurnalis) terangkan padanya tentang Islam. Memandangkan jurnalis tersebut, islamnya tidaklah beberapa kukuh di dada, dia meminta jiran tersebut pergi berjumpa dengan imam dan ulama, di masjid berdekatan. Namun malangnya ketika jiran itu pergi ke masjid dia dihalau atas alasan dia adalah orang kafir dan dilarang dari memasuki masjid. Akhirnya jiran tersebut menganggap Islam bukanlah jawapan bagi kekecewaan dalam hidupnya. Dalam situasi ini adakah itu cara berdakwah yang hikmah? Begitukah caranya melayan orang yang mahukan kebenaran?

Atau adakah ketika seorang muallaf yang baru memeluk islam, kita menyuruhnya mengenakan hijab bagi yang perempuan, dan ketayap bagi yang lelaki. Kemudian terus melarangnya dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan sebelum ini. Begitukah? Mengapa tidak saja kita ajar mereka secara peringkat demi peringkat.

Satu cerita benar yang saya perolehi ketika usrah. Seorang ustaz, Azhari namanya ketika di Canada untuk melanjutkan pelajaran, dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiakan sebelum orang Canada itu berkata "I hate muslim, I really hate muslim!" (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda, terkejut bukan?)

Namun ustaz ini tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz azhari dia minta satu kaset lagu tradisional dari ustaz azhari. Ustaz azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.

Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz azhari,

"azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice,"

Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur.

Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut.

Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "MasyaAllah". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.

Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata "Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini, aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku". Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. That's easy, islam is easy, kata Canada itu.

Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan, tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah. Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah.

Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku?

Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!

Mulai hari ini, carilah kawan yang bukan beragama islam, ceritakan pada mereka akan keindahan dan kecantikan islam!

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved