Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 6,587 viewed


RANGKAIAN TANPA WAYAR
Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).

Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peret-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar client-server pula, terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.

Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.

i. Bluetooth
ii. IrDA
iii. HomeRF (SWAP)
iv. WECA (Wi-Fi)
Bluetooth
Teknologi ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.


IrDA

IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.


SWAP
HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah standard yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.



Kelebihan SWAP:

- Murah
- Mudah dipasang
- Tiada wayar tambahan diperlukan
- Tiada titik capaian
- Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data
- Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
- Menyokong lebih daripada satu rangkaian
- Menyokong enkripsi untuk keselamatan data



Kelemahan SWAP:

- Kurang laju (biasanya 1 Mbps)
- Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
- Boleh menganggu dengan peranti komunikasi
- Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
- Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.

Wi-Fi
Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.

Kelebihan WI-FI:
- Laju (11 Mbps).
- Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter)
- Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa
- Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS

Kelemahan
- Agak mahal
- Agak sukar untuk dipasang
- Kelajuan tidak konsisten


Wi-Fi menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer berasaskan Windows.



Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved