Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 14 years ago • 27,643 viewed


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH ffice ffice" />

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."

Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:

referrelative="t" o:spt="75" coordsize="21600,21600"> ath o:connecttype="rect" gradientshapeok="t" o:extrusionok="f"> ath>

Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Kaedah 1

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali:

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

(HR At-Tirmizi dan Bukhari)

Kaedah 2 (yang lebih ringkas)

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.

Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguh-sungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW, maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki tersebut orang yang terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika nanti, Allah akan mempertemukan jodoh anda.

Lafaz niatnya ialah "Sahaja aku menunaikan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". Solat ini sudah memadai dilakukan sebanyak satu kali namun, jika saudari mahu saudari boleh menunaikannya sebanyak dua, tiga kali. Seeloknya lakukanlah pada malam jumaat kerana pada malam itu adalah malam yang berkat dan mudah-mudahan Allah SWT menerima dan memustajabkan doa saudari itu.

Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubugan perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan benar itu akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah .

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini... .(sebutkan namanya)"

Virtual Friends - Copyright © 2001-2018 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved