Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 4,058 viewed


BAGI kita sebagai manusia yang menjadi hambaNya, tentu berasa pelik peristiwa yang berlaku ke atas Bedah, seorang ibu berusia lewat 30-an, apabila anak dalam kandungannya yang berusia lima bulan hilang begitu saja. Namun dengan kekuasaanNya, apa saja peristiwa boleh berlaku seperti yang dikehendakiNya. Justeru itu, kehilangan anak kedua dalam kandungannya menjadikan Bedah pasrah dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan Allah. Selama 10 tahun Bedah menunggu kehadiran anak keduanya selepas melahirkan anak pertama, seorang lelaki. Anak kedua yang dikandungnya selepas pemeriksaan doktor di klinik swasta dan kerajaan, diramalkan perempuan. Bedah dan suaminya gembira apabila diberitahu anak kedua yang dikandungnya diramalkan perempuan. Begitupun, kegembiraan mereka tidak kekal lama apabila anak dalam kandungan itu tiba-tiba ghaib. Pada suatu malam iaitu selepas solat Isyak, ketika kandungannya genap lima bulan, dia berasa mengantuk yang amat sangat. Ketika itu, jam di dinding baru 9.45 malam. Bedah benar-benar mengantuk, dia kemudian masuk ke bilik lalu merebah badannya di katil empuk. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, dalam beberapa minit saja, Bedah sudah terlena. Ketika itu, suaminya solat berjemaah di masjid dan anak lelaki sulungnya pula menonton televisyen. Baru saja terlena lima minit, Bedah berasakan dirinya di awang-awangan sebelum didatangi seorang tua yang tidak dikenalinya. ?Hai Bedah! Anak yang kau kandung itu kau sedekahkan saja pada aku. Aku hidup bersendirian tanpa anak dan cucu, dan anak kau itu akan aku jadikan cucu angkatku,? kata lelaki tua berjanggut putih separas lutut serta berpakaian serba putih itu. ?Mana boleh tok! Saya belum ada anak perempuan dan inilah anak perempuan saya yang pertama,? balas Bedah sambil memarahi orang tua itu yang bersungguh-sungguh mahukan anak dalam kandungan itu. ?Aku tetap mahukan anak kau. Kau tahu, anak yang kau kandung itu bukan manusia sembarangan. Dia bakal berkahwin putera raja apabila besar nanti,? kata orang tua itu. Selesai menonton televisyen, anak lelaki Bedah masuk ke bilik ibunya untuk bertanyakan makan malam. Dia mengejutkan ibunya yang belum membuka pakaian sembahyangnya. Sebaik terjaga, Bedah mengucap sambil beristighfar panjang dan mukanya pucat lesi. Anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu terkejut melihat keadaan ibunya yang pucat lesi. Sakit ?Ibu sakit ke?? tanya anaknya. ?Tidak... tidak... Ibu tidak sakit apa. Ibu tertidur tadi dan mengigau.? Selepas menukar pakaian sembahyang, Bedah dan anak lelakinya menuju ke dapur. Tak lama di dapur, suaminya pulang dan mereka tiga beranak menjamu makan malam. Malam itu, Bedah tidak lelap tidur. Mimpi ngeri ketika tertidur selepas solat Isyak benar-benar menghantui fikirannya. Dia kini serba salah sama ada hendak memberitahu suaminya atau tidak berhubung mimpi itu. Keesokan pagi ketika bersarapan, Bedah membuat keputusan menceritakan mimpi itu kepada suami. ?Entahlah. Susah abang nak percaya, tetapi ada kemungkinan mimpi awak menjadi kenyataan. Jika jadi kenyataan, ia berlaku atas kuasa dan kehendakNya. ?Apa pun, sama-samalah kita berdoa semoga mimpi itu hanya mainan tidur dan bukan kebenaran,? balas suami Bedah selepas mendengar cerita isterinya. Bedah berasa lega apabila suaminya tidak menganggap mimpinya sebagai perkara remeh. Memang benar, kata orang mimpi itu mainan tidur. Namun tidak mustahil jika ia menjadi kenyataan. Ini kerana segala kehidupan di alam ini terletak di bawah pemerintahan dan kuasaNya. Bedah teringat firmanNya dalam surah Yassin yang bermaksud: ?Sesungguhnya semua urusan (perintah) apabila Allah menghendaki sesuatu, Allah hanya berkata ?jadilah?, maka jadilah ia.? Pada pagi malam ketiga selepas mimpi itu, perut Bedah tiba-tiba kempis dan kosong. Bedah panik dan tidak menyangka mimpi yang dianggapnya sebagai mainan tidur menjadi kenyataan. Sambil menangis teresak-esak, Bedah segera mendapatkan suaminya untuk memberitahu apa berlaku ke atas dirinya. ?Astaghfirullah... biar yang benar!? Suami Bedah juga semacam hilang akal sebaik diberitahu berita itu. Dalam keadaan panik itu, suami Bedah yang tidak putus-putus mengucap panjang memujuk Bedah supaya berjumpa doktor. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak dalam kandungannya memang sudah hilang. ?Sudahlah tu, Bedah. Tak usah menangis lagi. Dah bukan rezeki kita. Mungkin ada rahmat di sebalik peristiwa yang berlaku. Kita berserah kepada Allah s.w.t kerana Dia Maha Kuasa dan mengetahui segala-galanya,? pujuk suami Bedah apabila isterinya masih menangis dan bersugul di atas kejadian itu.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved