Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 7,067 viewed


Mata Milah merenung siling... . dia mendengus bosan. Kipas berpusing ligat tidak mampu gelodak panas di jiwa Milah. Tubuhnya yang hanya dibaluti baju tidur nipis itu dikipas-kipaskan ganas sehingga melekap ke batang tubuhnya yang agak berpeluh itu. Badannya dipusing ke sebelah kanan, tak selesa... Badan dipusing ke sebelah kiri, masih tidak selesa... . Dia menelentang mengadap siling... .tak selesa juga!Milah bingkas bangun menuju ke jendela. Pintu jendela dikuak ganas. Ah! Suasana malam pekat di luar juga tidak dapat menenangkan gelisahnya. Penat berdiri di tepi jendela, Milah melabuhkan pula punggungnya diatas katil. Berkeriut bunyinya. Setiap penjuru bilik itu direnungnya. Dengan malas Milah bangkit mendapatkan daun pintu bilik tidurnya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke dapur. Di ruang tamu, kelihatan dua anak bujangnya; Bakri dan Basri -masing-masing berumur 18 dan 20 tahun sedang nyenyak dibuaimimpi. Sedikit berjengket, Milah melangkahkan kaki menuju ke dapur.Sesampainya di dapur, kakinya segera dihala ke arah peti ais buruk peninggalan arwah suaminya. Dengan rakus, pintu peti ais dibuka. Tanpa berlengah, jemari runcingnya mencapai sebotol air sejuk dan sebiji gelas. Setelah air sejuk diteguk puas, Milah kembali ke bilik tidurnya. Sekian sahaja cerita Milah - Janda lawa yang dahaga.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved