Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 omata • 10 years ago • 3,079 viewed


DARIPADA Anas katanya: *Rasulullah mengejarkan umrah empat kali.
*Semuanya
pada Zulkaedah, selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji,
iaitu
umrah yang dilakukan dari Hudaibiyah ketika berlakunya Perjanjian
Hudaibiyah.

*Kedua umrah tahun selepas itu juga dalam Zulkaedah.

*Ketiga, umrah yang dilakukan dari Ja'ranah ketika membahagi-bahagi
harta
rampasan Perang Hunain, juga dalam bulan Zulkaedah.

*Selepas itu umrah yang dilakukan baginda sama-sama haji.*

Antara kelebihan mengerjakan umrah ialah menjadi penebus dosa antara
satu
umrah dengan umrah tahun berikutnya.

Selain itu, ada beberapa kelebihan melakukan ziarah terhadap makam
Rasulullah BR>

Berziarah ke makam Rasulullah seolah-olah berziarah sewaktu baginda
hidup.


Rasulullah menjaminkan syurga kepada sesiapa yang meninggal dunia di
kota
Madinah.


Mereka yang menziarahi makam Nabi pasti akan mendapat syafaat baginda
di
akhirat kelak.

Selain ziarah, solat di Masjidil Nabawi juga mempunyai kelebihan besar.
Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi bersabda: *Satu kali solat di
masjidku
ini lebih baik daripada 1,000 kali solat di tempat lain, melainkan di
Masjidil Haram.* (Sahih Bukhari).

Namun perlu diingat bahawa segala khasiat yang diperturunkan oleh
fadilat di
atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah
keredaan-Nya
dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya, di
samping
berikhtiar dengan sesungguh hati.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved