Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 5,808 viewed


Tahukah anda jika vitamin dan mineral yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan kita..??

Ramai yang menganggap bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil secara berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitujuga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kitidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.

Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita yang mengandung boleh menyebabkan kecacatan.

Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesar pada kanak-kanak.

Berlebihan pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risoko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyebabkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis. Pengambilan potasium/sodium menyebabkan ganggunan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved